CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, December 31, 2008

31 December 2008

Penutup ceritera 2008 ku...
31 dec 2008 adalah hari ulangtahun ibuku yang tersayang.Semoga mak berbahagia menyambut kedatangan awal tahun baru 2009 dan pertambahan usia.hehehhe.Malam ni ade jugak plan ngn kakak nk celebrate birthday mak kat Restoren Sate Haji Samuri tapi rasanya aku xdpat nak join diatas sebab-sebab yang tertentu..sedihla,xdpt makan sedap2...hahahha.Abang kata nanti insyaallah kita akan sambut hari lahir mak kat umah jer,beli kek n makan2 sikit..huhuhu.saje nk pujuk hatiku yang kecewa ni..lagipun teringin nak makan kek choc moist..org kata sedap..dan kita pun nampak macam sedappppppppp..
apapun semoga mak lebih tabah menghadapi ujian dariNya dan semoga dilanjutkan usia..sayang kat mak..mmmuahhhh..:P.

Monday, December 29, 2008

Selamat Menyambut Tahun baru Islam


Rasanya belum terlewat untuk saya mengucapkan salam tahun baru & salam Maal Hijrah pada semua kaum islam yang berada dibumi allah swt ini.Bersyukur kerana kita masih lagi bernafas dibumi ini,semoga kedatangan tahun baru islam ini memberi sinar bahagia & semoga kehidupan kita akan menjadi lebih mudah & rezki yang kita nikmati adalah dari hasil yang halal.
*******************************
Nak cerita pasal azam tahun baru saya ;
1.saya nak kuruskan badan yang makin mengembang ni.
2.kami akan berusaha menabung sebanyak yg mungkin utk masa depan anak-anak.
3.kalau boleh,tahun ni saya nk lalui nya tanpa perut yang memboyot,sebabnya dah 2 tahun berturut-turut yang mengandung..hihihi
****************************
pada kawan-kawan bloggers semua..saya ucapakan Salam Maal hijrah..
Semoga berbahagia selalu..:)

Sunday, December 21, 2008

My Best fren wedding~>> Ina & Ipin








hantaran dr pihak perempuan kpd lelaki

my mom with ina

pengantin perempuan yang ayu

me ,fareeq with pengantin


sekitar majlis


papa ngn ayeeq


nanny ngn ayeeq






Ahad tengahari g wedding my best fren kat Kampung Gachong Kuala Pilah ngn my family termasuk mak ngn my adik isma haiqal.Mmg best la g sana,lama gak lepak sana dapat jugak posing-posing.Akhirnya dapat jugak snap 2 keping gambar kami satu family..hehheh.sape lagi kalau bukan my mom ngn haiqal yang tolong ambilkan.seperti biasala farish akan tunjuk ragam sekepoknya kalau g majlis orang,mama sangat malu ok bila semua mata tertumpu kat kami so trs dapat tamparan kat montot dia,lepas tu barula duduk diam,fareeq jugak yang baik disekitar majlis tu walaupun xcukup tidurnya...Nak cerita pasal ina ni...Kawan sama belajar dulu tu,room mate termasuk best fren jugakla.bila dah hbs belajar kureng sikitlah hubungan tu tapi still keep in touch jugaklah.Ina selamat dinikahkan dirumahnya pada jam 5.30pm dengan ariffin.selamat jugak mereka disatukan setelah berbagai-bagai rintangan dan dugaan yang dihadapi.ade satu ketika tu sampai nak putus tunang jugakla.kesian yelah org kata tempoh pertunangan ni banyak dugaan & ujiannya kalau masa bertunang xleh nak tahan ujian lebih baik berpisah lah kan?heheh.Tema kat sana serba coklat...kira mama ngn fareeq ikot theme secara xsengaja jugakla..heheh..
apa pun selamat pengantin baru buat ina & ipin.semoga berbahgia hingga ke anak cucu & semoga tabah menghadapi ujian hidup berumahtangga dan cepat cepat lahirkan anak-anak yang comel yer.....












~Happy Birthday Papa~~

Ahad lepas yakni semalam la 21.12.2008 adalah birthday my hubby..:)Mmg nak suprise kan utk dia.just belikan kek yang ready made tu xder tempah2 bagai pun..Mula-mula plan mcm nk ajak kua dinner tapi kene kansel lah.so beli kek ni awal2 lagi,farish dah ternampak so bila dia dah teringat asikla tunjuk peti ais katanya nak coklat..hehehhe.Kebetulan masa tu papa baru balik dr memancing dengan muka hitam legam berminyak tu trs cepat2 nyala lilin...masa letak kek kat atas meja farish dah dpt rasmi kan dlu dengan mencucuk kek tu..huhuhu...xsabar2 dah tu.bila masuk dgr mama terjerit mrh farish abg trs tnya
abg: kenapa bising-bising tu yang?
eden :tu ha,abang long dah cucuk kek tu la yang,spoil jer
ketawa besar nampak kek ngn lilin..huhuhuhu
nila kek untuk my hubby,peminat strawberry so harus kene ade tu..
Dedicated for my hubby:-
Selamat hari ulangtahun yang ke 27,semoga panjang umur dan diberkati selalu hendaknya.Semoga dengan bertambahnya usiamu ini,membawa sinar kebahagian untuk kita sekeluarga..ingatla bahawa ayang dan anak-anak akan terus berada disisimu sama ada dalam keadaan susah dan senang,dan akan terus menyokong mu,dan semoga kehidupan kita sekeluarga akan lebih senang,aman,damai dan bahgia menjelang tahun 2009.hehehe.
Ingatlah prinsip dan pegangan kita bersama untuk meneruskan kehidupan kita ;
"Bila Allah Cepat Makbulkan Doamu,Maka DIA Menyayangimu,Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu,Maka DIA Merancang Sesuatu Yang Lebih Baik Untukmu..Oleh itu Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...Kerana Kasih Sayang ALLAH itu Mendahului KemurkaanNya"

birthday boy tiup lilin..sweet 27 sayang.

suap anak-anak kasik berkat..

ayeeq pun suka kek tau..:p
nampak sangat muka terkejut abg masa tu.tahu tu abg rasa terharu dengan pemberian sederhana dari kami anak beranak.heheh.berjaya juga buat seperais urk abg..abg mcm segan-segan jugak sbb masa birthday bini dia...dia xder buat seperais mcm ni pun...huhuhu...
sekian,selesai....



Saturday, December 20, 2008

~~Sahabat~~


Dapat ni dr cik penna kelmarin..terlambat pulak nak publish kat sini.terima kasih yer cik penna kerana menggangap saya sebagi salah seorang sahabat internet...hheeee...
saya juga xpandai bermadah pujangga sbb saya bukan romantis orgnya yang reti bersyair & bergurindam bagai.yang pasti kalau disebut tentang persahabatan ni terlalu bermakna untuk saya,sebabnya selama umur saya mencecah 24tahun december lalu saya belum pernah & belum mempunyai seorang sahabat yang setia disisi sama ada dalam suka atau suka.Yang benar2 menjadi sahabat ,teman hidup,kekasih dan papa pada anak2 saya itulah yang boleh digelar sahabat yang paling bermakna dlm hdp.. :)

Tuesday, December 16, 2008

Tagged!!

kene tagged dek mazzura semalam..ni baru kali kedua aku di tagged.sekadar menunaikan tuntutan aku jawabla tag ni..eheheh.

Tajuk:TAG Bergambar
Motif:Mengimbau Kenangan dolu2..

Syarat-syarat
1. sila amik gambar.. mcm gambar yg diatas ini.
2. dan letak kan di blog anda. citer skit pergi mana pki macam ni time dulu-dulu..


>>>>>gambar ni diambil masa majlis malam berinai ku pada 03.06.2006 dahulu..sebelum ni mmg xpernah kene make up sebegini cantik(cantik ka?bagi aku cantik la..hahhaha) dan berdandan dengan baju yang ala2 orang cina ni..so dihari bersejarah aku ngn laki aku ni,aku diberi kesempatan berposing sakan lah..rasa mcm artis masa tu beb...flash sana,flash sini..al maklumlah raja sehari..

Monday, December 15, 2008

Farish + cicak Memen

tengoklah tu,kusyuk sangat dengan idola dia.:p
3 Tiket wayang untuk kami bertiga

nila tempat farish check-up kat HTJ semalam.

Semalam,saya mmg AL sebab nak bawa Farish check-up kat HTJ.Abg xcuti tapi night shift la.Sampai kat HTJ mmg awal dr appointment so lepak-lepaklah depan Unit Pemulihan Cara Kerja tu.Semalam mmg check up biasa la,derang nk tengok perkembangan kulit farish lepas dibagi ubat sejenis gel untuk turunkan kulit asing tu,so far mmg nampak nipis dan baikla.Mmg bagus bende tu tapi agak mahal jugak.Tapi demi anak kan,semua yang bergelar ibu dan ayah akan sanggup.Kebetulan masa tu tayangan cicak man dah keluar dan mmg kami dah plan nak bawa farish tengok wayang kegemaran dia.Alhamdulilah dapat gak tunaikan hajat kami nk bawa dia.Mula-mula agak takut jugak kalau dia menjerit-jerit dalam panggung tu,farish ni angin ni xtentu sangat.kang tambah-tambah papa xder mood terukla kami ..heheh.tapi alhamdulilah semuanya ok sahaja,xbersuara sikit pun cuma tersenyum-senyum bila nampak cicak man memulakan aksi..heheh.Bosan jugak cerita tu,panas punggung nk tunggu 2jam dalam tu.tapi dek kerana anak ikotkan saja la..mmg membosankan la cerita tu..budak-budak sukela kan?





Thursday, December 11, 2008

CiCak Man @ CiCak MeMen..


Cicak Man 2 tayangan dia bermula semalam lagi pada 11 december tu pun tahu masa tengok the making of cicak man 2.heheh.Kiter ngn abg mmg xminat pun cerita ni sejak dr cicak man 1 lagi.OKla layan tapi layan gitu-gitu jelah kan.
Nak tahu saper yang minat sangat dengan cerita ni ....hehehehhe..sape lagi kalau bukan anak teruna kami yang sulung tu Farish...aduhai,dalam seminggu ni saya rasa dah dekat 30 kali dia sebut-sebut cicak memen...nak suruh bukak cerita cicak man la,kadang-kadang sengaja dtg kat kita sambil pandang tepat kat muka sebut "mama,cicak memen"..kelakar lah.puas ajar sebut cicak man tapi dia tetap nk sebut cicak memen.sejak dah pandai bercakap ni,selalu sangat penat mama layan dia bercakap..tapi mmg happy dgr dia berkata-kata tersusun cantik jer.Smlm masa otw blik amik dia dr umah baby sitter tu,mulut dia xhenti henti menceritakan cicak memen dia siap dengan gaya lawan bagai..haih,dlu lagi memang xkasi dia sgt tgk cerita cerita ganas mcm tu tapi terpengaruh jugak dr anak SIL dan adik fara.tapi minat dia mmg tang situ kita pun xtahu nak cakap ape,sampai masa kat umah mil dia terjerit suh buka cd cicak man.Masa kami borak-borak tu ,saya ada ckp kat abg belilah vcd @ dvd baru untuk dia n belikan cd yang dia minat.Jap jap tu dia terus datang kat papa cakap "papa, li cd cicak memen" dia dah faham apa itu cd rupanya ..heheh.alahai,sayang tol ngn anak mama sorang ni petah sangat bercakap.nantilah mama suh papa belikan vcd untuk abg okey..:P
tengah fikir-fikir bila masa yang sesuai nak bawa abg long tengok wayang cerita cicak man2..ehhehe

Wednesday, December 10, 2008

Anakku Sakit lagi...

Hari ni ada appointment check up untuk fareeq,
farish lak seperti biasa masalah batuk+asma dia. sama tak muka kami eh??
baru pas mandi kita minum duloooo.. :p

menangis sampai merah-merah muka
Today farish 1 year 7 months ,dalam umur sebegini anak mama sudah mencapai berat sehingga 12kg alhamdulilah yer.sihat hendaknya walaupun selalu sangat sakit + xlalu susu + xlalu makan beratnya makin bertambah.Mama sangat happy,patutla pampers saiz L dah meninggalkan tanda kat celah paha nya..:p,papa kene tukar pampers abg long ke saiz XL lah.dah beso anak kita kan?Skrg tgh suruh bb sitter train dia g wee wee sendiri la.dah beso tadi kat klinik nurse dah suh train dia pakai baju n cakap kalau nk wee wee. Farish dah mula batuk-batuk malam tdi,selsema dah 3hari sama ngn adiknya.sian nya tapi kali ni kami 4 beranak sekali kene.Doctor bagi ubat inhaller coklat,ubat batuk,ubat asma ngn bagi nebuliser kat dia.tgk tu sampai merah-merah muka dia menangis padahal bukan sakit pelikla asal budak2 kene guna nab msti menangis kan?huhuhu
Fareeq ari ni usianya hampir menjangkau 8bulan,montot sudah angkat2 tanda bersedia nk merangkak.hopefully cepatlah dapat.tadi timbang berat adik naik dr 6.9kg ke 7.5kg..nampak je kecik tapi berat naik alhamdulilah.Fareeq pun dapat ubat selsema , demam ngn antibiotik.Hari tu telinga ayeeq kua lendir tu sejak semalam dia kua lagi..kesian kat dia.kenapa tah dpt sakit mcm tuh.harap2 lps 1 week guna mcm doc ckp boleh recover semunya..





Tuesday, December 9, 2008

Sakitkah??

hari ini saye selsema+batu+sakit tekak= sangat sangatla malas nk buat kerja dr tadi asik pikir mana port yang baek nk landing.
air mata air hidung semua dah meleleh-leleh ni.xtahan dah!saya kan sangat benci dengan penyakit selsema dan batuk.selsema xleh nk buat kerja asal tunduk jer meleleh,klau batuk pulak xindah bunyinya kong kong kong...nak-nak kalau malam tiba xleh lelap la mata ni.anak2 semua terjaga dan terganggu tidurnya..
cepatlah berakhir semua penderitaan ni.hari ni saya xleh nk baut OT,pukul 5 kene chow.lunch ni mau amik ubat batuk & selsema yang pengsan terus kalau makan.nasib abang ade jagakan anak-anak..yehaaaa....
dalam pada hati dan keadaan badan kacau kan,saya ade berita gembira kat seowon ni..bos melayu yang xleh diharapkan tu nk kene buang kerja..alahai,aman damai la seowon lps ni..kekekek.harus buat party bersama-sama kawan2 sekerja ku..
adios.........:p

Monday, December 8, 2008

Sambutan Aidiladha

family SIL with farish.
me with MIL ngn anak2 SIL

me and my hubby :p


mama mok ngn heroes


my little babies

SEHARI SEBELUM AIDILADHA~anak-anak saya demam+selsema la. :(

Farish ngn fareeq dah mula dapat selsema sehari sebelum aidiladha menjelang,kesian betul anak-anak plan kami pun terbantut nk bawa derang mandi kat Wet World Air Panas Pedas.dah la musim hujan dengan selsema lagi mungkin boleh jd lagi teruk ,kesian xdpt bawa berendam pun ade,kesian kalau bawa jugak jadi makin teruk pun ade.alahai,kalau sesekali plan bila mama papa cuti kemain susah lagi,banyak jer halangan.So,ahad hanya menghabiskan masa dirumah saja dengan keadaan cuaca yang dr pagi hujan xhenti2 tu.Apapun kami tetap enjoy melayan kerenah anak-anak.




Petang-petang sikit xpayah nak plan-plan terus papa ajak g taman rekreasi rembau g bawa anak2 tengok ikan2 kat situ,bagi ikan makan-makan.Dulukan masa kami mula-mula bercinta kat sini jugak tempat selalu melepak petang-petang ,ramai org tau petang2 so kira ni mmg tempat beriadah,sape2 yang dating waktu tengahri buta tu alamat kene soundlah dengan pak guard majlis daerah..hehehe.Farish macam baru lepas dari kandang pun ader,habis ditawafnya satu taman tu.xterkejar dek mama,papa lah yang dok terkejar2 dr belakang .Bahaya kan tepi-tepi tasik tu xder pagar kang tergelincir kang susah jugak.kenapalah pihak kerajaan xambil berat ni tentang pagar,mungkin nak ade dulu kes anak org lemas baru nk ambil langkah berjaga-jaga :p.Adik mcm biasalah,dengan muka yang cool giler diam jer bila org bawa berjalan.mmg bagos betullah.Hopefully lepas ni apa yang kami plan akan berjalan dengan lancar tapi biasanya kalau bende yang xdirancang tulah yang menjadi.hehehe.






Friday, December 5, 2008

HappY BirthDay to mee

ToDAY is my birthday yang ke-24(06 Dec 2008),cepatnya masa berlalu sekejapan dah tua saya ni kan uols..:p,xder apa-apa sambutan yang istemewa pun tapi xtahula kalau abg ade buat seperais ker?tapi rasanya mustahil abg nk buat seperais kat saya taw,sbb sejak 8tahun yang dlu saya kenali dia bukannla seorang yang begitu,bak kata org yang romantika dipantailah..hhehe.biasanya ade wish & belanja makan dr abg.kad pun sekali dalam 8tahun ni yang pernah saya terima dr abg,tu pun kad hari raya punyala bapak besar dia bagi.hahahah.Dalam usia ke-24 ni saya dah pun bergelar isteri dan mama kepada dua hero Farish & Fareeq.Apa yang saya mahukan dan impikan selama ni dah pun tercapai iaitu mempunyai sebuah keluarga sebelum usia saya menginjak angka 23tahun..Yelah,orang tua-tua kat kampung saya kan,biasanya kalau perempuan dah berumur 25 xkahwin-kahwin lagi dia dah gelar anak dara tua,kire dah mcm separuh abad la tu tapi zaman skrg kan wanita-wanita ramai yang berkerjaya jadi gelaran mcm tu dah lapuk .Ape pun saya amat bersyukur sehingga ke hari ini saya masih lagi boleh menghirup udara yang segar dibumi allah swt.Semoga allah lanjut usia saya,agar saya boleh menghabiskan masa bersama anak-anak dan suami saya, dan semoga kesihatan saya seperti hari ini kekal untuk 50tahun akan datang.insyallah..

Monday, December 1, 2008

Pernikah & Perkahwinan

Sajer nak share ngn uols
Renungkanlah. ..
Pernikahan atau perkawinan membuka tabir rahasia
Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw.
tidaklah setaqwa Ibrahimpun tidak setabah Ayyub
atau pun segagah Musa apalagi setampan Yusuf
Justru suamimu hanyalah pria akhir zaman
yang punya cita cita membangun keturunan yang soleh...
Pernikahan atau perkawinan mengajar kita kewajiban bersama
Suami menjadi pelindung kamu penghuninya
suami adalah nahkoda kapal kamu navigatornya
suami bagaikan balita yang nakal kamu adalah penuntun kenakalannya
saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgasananya
seketika suami menjadi bisa kamulah penawar obatnya
seandainya suami masinis yang lancang sabarlah memperingatkannya. .
Pernikahan ataupun perkawinan
mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt.
kerana memiliki suami yang tak segagah mana
justru kamu akan tersentak dari alpa
kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna didalam
menjagapun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara
cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah...
amin...
Isteriku,
jika engkau bumi, akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku.
Ingatlah bahtera yg kita kayuh,
begitu penuh riak gelombang. Aku pasti akan tetap menyinari bumi,
hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.
Lalu..... Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan diplanet lain...
mula-mula baca puisi ni rasa syahdu ya amat tapi bila nak masuk part yang perenggan yang bawah sekali..hampeh jo..hehhehe.sila abaikan perenggan yang bawah tu yer..nak tnya pendapat korang kalau asben korang bagi puisi perenggan yang bawah ni ape yang korang akan lakukan?hehehe

Thursday, November 27, 2008

Jalan-Jalan

Alamak,gambar pueh disusun-susun dengan penuh sistematik tapi tetap berterabur lak.Nak cerita semalam mmg aku n abg amik cuti semata-mata nak bawa farish g check up dan saja bawa anak-anak berjalan-jalan.Yelah,papanya selalu busy jo jarang sangat bawa anak-anak berjalan.Aku pergi ngn family aku dan mak serta adik kesayangan aku haiqal.sukela haiqal dibawa berjalan kan.Pada mulanya kami terus ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk ke Unit Pemulihan Cara kerja,sejak farish kene air panas kat sinila check up nya so xperlu lagi ke Institut Pediatrik lagi.Semalam farish dapat 2 jaket korset baru sbb yang lama dah lapuk n kembang jadi xmembawa kesan pun kalau pakai untuk baikkan luka air panas dia.Lepas tu orang tu bagi lagi ubat mcm gel untuk lembutkan kulit yang keras dan menormalkan balik kepada kulit yang asal,moga-moga beri sedikit kesan yang positif untuk farish. muka abg long yang happy lps bebas dr stroller
Destinasi yang lama xditujui...shopping.....
Lepas g hospital,kami bergegas ke jusco pulak.lama dah xmakan KFC so teruslah meluru kat sana,masa perjalanan nk g sana,jumpela zone budak2 bermain,1 kids dia charge $5 farish dah mula merengek-rengek nak ajak g sana tapi perut yang lapar dah mengatasi segalanya..Mls nak layan dia dengan perot kosong.Banyak gambar xdpt nak snap sbb farish meragam,papa dah mula bengang tapi saba yolah.tula sape suh orang beranak setahun satu.hahhaha.Lama giler xshopping kan,sempatla sambar 2psg sorang baju tido,botol susu,toys sesikit,wet tissue,stokin ayeeq.Gambar nan ado lak..X sah jugak kalau tiap kali turun jusco papa xsinggah sini.papa dah macam hantu donut big apple da..huhuhu.sekarang turn ayeeq kene dokong,abg long duduk dlm stroller kene ikat kat pinggang.Punyala lasak,buat mcm jusco tu papa dia punya.xterkejar-kejar papa dibuatnya..fareeq pulak,kalau dulu ngn sekarang mmg banyak beza.kalau dulu tiap kali nak tido nak susu akan mengamok-ngamok tapi semalam alhamdulilah selama mana dlam jusco tu dia baik jer,sungguh good boy tau.relax je duk senyum2 dlm stroller..alhamdulilah.senang sikit hati mama.kalau baik-baik mcm ni selalu bolehla bawa jalan-jalan kan syang.abg long pulak kene tinggal sbb notty sgt.


tgk tu,papa tengah beli apa yer?:p



ni pebret papa,xsah kalau ke jusco xsinggah sini..yummmy

ayieeq good boy...berbeza perwatakan masa kecik2 dlu dengan skrg

abg long menangis-nangis minx dilepaskan..hahhaha.
satu jusco asik pandang-pandang ke arah kami sebab farish menangis-nangis nk mcm2 toys.dah tu yang kecik-kecik tanak pulak,nak yang gedang-gedang yang mahal gilos..huhuhu.keringla poket nanti kalau mcm ni.Mula-mula papa senyap2 surveykan dlu tanak bawak dia entah macam mana mak xperasan dia dah ikot bontot papa dr belakang apa lagi kantoila bila masuk kat kawasan mainan tu..bikin malu saja bila menangis-nangis mcm tula..

sayang abg cik...muuuahhhhh

ni mood ok sikit..

ni kat hospital. terjumpa lak member lama..ety elinda..
























Thursday, November 20, 2008

Cuti-cuti malaysia :P


Saja nak gembar gemburkan Pasal Percutian Murah ni.So,pada kawan-kawan yang tengah planning nk holiday bersama keluarga bolehla bawa anak-anak ke sini.Fara bila tahu pasal promo ni kaki dah gatal-gatal dah nak bawa Farish & Fareeq mandi pool.hehehhe.Tapi kene minx approval dulu dr cik abg..So jom kawan-kawan kita pergi bercuti..