CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, June 27, 2008

Fareeq sudah BOTAK!!




Suke tgk baby baby botak ni.Rambut fareeq lebat sgt,suke gak tgk dia bnyak rambut tapi rmi tegor nmpk mcm girl la,jln terbaik utk bagi dia nampak mcm boy botakkan dia..heheh.Barulah terserlah kejantanannya.Mmg dah niat nk botak licin kat dia,untuk fareeq belum ade budget untuk buat cukur jambul & aqiqah lagi.Fareeq ni kuat sgt berpeluh,tambah lagi dengan keadaan dia yg alah pd susu tu buatkan dia selalu muntah-muntah sampai kene kat blkg rambut & kadang-kadang sampai masuk dalam telinga..punyala masyam time tu xyah cakap.ekekek.wat everlah kan,bagi mama ayieq tetap wangi..Terlanjur botakkan fareeq,mama & papa tompang sekaki nk ubah imej n style biar nampak lebih muda..hihi.Tercapaila hajat memasing ptg tu.Sbt pasal alah susu ni,balik kene ni nk drop kejap kat Panel Kilinik asben ku utk dptkan surat pegesahan dr doktor untuk tukar susu free fareeq dari Nestle.Sblm ni request NAN 1 & 2,la ni nk tukar kepada NAN HA 1 & 2..sng sikit...xpayah beli2 lagi kan?dah la susu NAN HA ni susah nk dpt stok yg murah-murah sbb xbnyak kedai runcit yg jual.klu kat mini market mahal nyer berganda-ganda.Hopefully fareeq ok ngn susu baru dia..

Farish lak skrg dah tunjuk pandai tunjuk kasih syang kat fareeq..asal balik je dari umah MIL sure serbu masuk bilik n kiss fareeq..pantang xnmpk dalam play pen @ dlm bilik...msti tnya 'ma,bebe?'tapi kadang-kadang sebutan bebe dia tertukar kepada b**i.wat everla asalkan mama & papa paham..manje sgt ngn papa dia sampaikan mama jeles ke kadang-kadang tu..Farish & fareeq mama windulah,xsabar nk balik n gomol-gomol kamu berdua..

**picture upload kemudia..card reader bersembunyi lah..

Wednesday, June 25, 2008

Wajah-wajah Fareeq Hazami





Nilah anak kedua ku Muhammad Fareeq hazami...berbeda benar muka ngn farish kan?hihi.Farish bnyak mewarisi muka mamanya sedangkan fareeq bnyak mewarisi muka papanya.apepun kedua-duanya beri makna yg istemewa dlm hidup kami.Farish chubby n fareeq kurus jer..rindula sama anak-anak mama ni..Skrg ada 3orang lelaki yg bertakhta dihatiku..Luve u all my boys..

Outing with my boys..





Smlm,farish ade check up kat HTJ utk amek baju korset die,n kebetulan trs nk bawa fareeq ke pakar kanak-kanak sbb masalah susu n skrg dia batuk pulak..Asben blk kje kol 3 trs amik kat office terkejar2 ngn anak2 lagi cos nk kne smpi HTJ before 5.Sampai-sampai je asben yg handle farish,aku ngn fareeq duk lam kete jer cos fareeq meragam nk titoonn.Yg bengang tu,padahal sblm dtg dh call ,last last dia baju farish yg dh siap dia dh bagi kat org..asben bengang trs bising2.ingt kita ni ade bnyak masa nk g ker?suh dtg next week plak 1 Julai..Lps tu trs bawa fareeq g specialist tgk2 klinik tu buka off hour je..alahai apelah nasib kali ni,sia sia je round satu seremban sume specialist knk knk tutup ok!Ok xper,kami terus gerak ke giant utk bli brg2 dapo..alhamdulilah fareeq baik dok dlm stroller..klu tak 1 giant dgr suara dia..hihi

Tuesday, June 24, 2008

Nak try balik BF kan baby fareeq

Sian fareeq anak manja mama ,xrasa banyak pon susu dr mama kan?Skrg krgnya abg long dlu dpt juga bf smpi 3months..Agknya sbb tu fareeq protes dengan muntah kan semua susu formula yg dia minum..Im sorry baby cyg...

bnyak dpt tips dr kwn2 kat pcm ,so nk share ngn kwn2 yg sdg myusukan anak ..mentenkan la sok2 meyesal xingat mcm sayer..

1)Makan Kurma/ minum jus kurma
2)Minum air longan
3)Minum air rebusan halba/masukkan halba dalam masakkan.
4)Makan ulam pegaga/minum jus pegaga
5)Makan sayur sawi
6)Makan sayur kobis.
7)Banyakkan minum air masak
8)Banyakkan ambil makanan/minuman berkalsium
9)Jangan “stress”
10)Mengurut

RELAKTASI Bolehkah anda menyususkan bayi semula setelah lama berhenti? Jawapanya, ya boleh! Relaktasi atau laktasi semula merupakan satu proses dimana ibu yang telah berhenti menyusukan bayinya kembali menyusu semula. Biarpun relaktasi adalah sesuatu yang sukar dan mengambil masa yang lama namun, ia bukanlah sesuatu yang mustahil. Malah, kaedah yang sama turut digunakan membantu ibu-ibu yang mengambil anak angkat bagi membolehkan mereka menghasilakan susu sendiri. Walaupun sebelum itu, mereka tidak pernah hamil atau menyusukan bayi, mereka boleh menyusukan anak angkat mereka. Kaedah ini dikenali laktasi yang dicetuskan(induced lactation). Walau bagaimanapun amaun susu yang dihasilkan oleh ibu dalam keadaan begini mungkin tidak mencukupi. Jadi mereka mungkin tidak dapat menyusukan bayi sepenuhnya. Bayangkan, jika mereka mampu melakukanya aptah lagi anda yang ingin melakukan relaktasi! Untuk memperoleh kejayaan yang di impikan, anda perlu mempunyai semangat dan azam yang kuat, mendapat sokongan penuh dari keluarga dan mengamalkan teknik-teknik yang betul. Sekiranya anda mahu menyusukan semula bayi, badan anda memerlukan sebagai persediaan untuk bekerja semula bagi menghasilkan semula susu adalah berbeza antara satu wanita dengan wanita yang lain. Perkara yang penting sekali untuk menjayakan relaktasi ialah membiarkan bayi menyusu sekerap yang boleh untuk merangsang payudara menghasilkan susu. Anda juga boleh menggunakan pam manual atau elektrik yang baik(boleh mengepam ikut cara hisapan bayi). Jika tidak , penghasilan susu ibu tidak akan meningkat. Kedua anda harus mengajar bayi untuk menyusu semula di payudara . Ini biasanya memerlukan ala bantuan seperti lactation aid atau supplement nursing system iaitu alat tambahan penyusuan yang boleh dibeli dari mana-mana kaunselor laktasi di hospital ataupun dikedai yang khusus menjual peralatan penyusuan eksklusif. Disamping itu anda perlu mengamalkan pemaknan yang sihat dan seimbang. Lebihkan pengambilan makanan yang kaya dengan kalsium dan protein seperti ikan, sayur-sayuran hijau, soya dan lain-lain. Panduan Relaktasi Berjaya
1)Persiapan Mental Anda harus bersedia dari segi mental. Pastikan anda mendapat sokongan sebanyak yang mungkin. Relaktasi memakan masa dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Pada suatu tahap anad mungkin berputus asa. Oleh kerana itulah, sokongan dan bantuan daripada orang-orang yang terdekat seperti suami, keluarga dan rakan-rakan amat diperlukan.

2)Pelajari Teknik Hubungi dan berjumpalah dengan kaunselor laktasi. Ini perlu dilakukan kerana relaktasi memerlukan teknik-teknik khusus. Anda perlu diberi tunjuk ajar, panduan dan nasihat daripaa pakar laktasi. Berkemungkinan anda perlu mengambil ubat tertentu bagi merangsang hormon yang menghasilkan susu dengan baik.

3)Kerapkan Menyusu Susukan bayi anda sekerap mungkin tanpa sekatan dan had masa. Disamping itu anda digalakan untuk mengepam payudara untuk membantu merangsangkan penghasilan susu.

4)Alat Bantuan Penyusuan Pada awalnya, anda perlu menggunakan lactation aid atau supplemental nursing system. Alat ini menggunakan botol berisi susu perahan ibu atau susu formula yang digantungkan dileher dan mempunyai 2 tiub halus yang dilekatkan berdekatan putting payu dara. Apabila bayi menyusu menggunakan alat ini ia mampu melakuakn dua fungsi sekali gus iaitu:- -membolehkan bayi mendapat nutrient penting daripada susu perahan ibu/susu formula -hisapan bayi pada payudara akan merangsnag penghasilan hormone prolaktin dan oksitosin.

5)Elakan Paksaan Lakukan ketika anda dan bayi dalam keadaan selesa dan relaks. Jangan sesekali memaksa dia untuk menyusu. Jika dia menolak atau kelihatan resah. Ia akan menggangu proses relaktasi. Berhenti dan cuba lagi dilain waktu. Jika diteruskan dalam keadaan terpaksa, bayi akan alami trauma malah anda sendiri akan tertekan.

6)Rapatkan Hubungan Banyakan skin-to-skin contact dengan meletakan bayi didada ibu pada masa ia tidak menyusu. Ini sangat digalakkan.

7)Jaga Pemakanan Ibu perlu meningkatkan pengambilan makanan yang sihat dan bergizi agar dapat menghasilkan susu dengan baik.

Sumber : PA&MA November 2006, kolum laktasi