CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, October 30, 2008

Kenangan Pahit Farish...:(











Kisah ni dikarang kembali oleh mama,setiap kali Farish demam atau sakit mama pasti akan teringat kisah lama.
Teringat kembali.29 januari 2007 ketika farish berumur 10bulan secawan air panas yang baru mama masak ditarik dari atas meja.Kenangan itu amat jelas tergambar diingatan mama & papa.Mama yang sendiri menyaksikan kenangan pahit tersebut sehingga hari ini membawa bekas pada tubuh badan farish.Ya allah,maha hebat ujian & dugaannya mu pada kami disaat-saat mama sedang membilang hari untuk melahirkan Fareeq Hazami.Selama sebulan di Institut Pediatrik Kuala Lumpur,bermacam-macam penyakit anak-anak kecil seperti farish terpaksa mengharunginya tetapi lain sekali dengan Farish,kerana Farish menanggung kesakitan & keperitan selama seminggu di Unit Rawatan Rapi menggunakan mesin bantuan pernafasan akibat dr kelalaian mama menjagamu anak.Maafkan mama sayang sehinnga kejadian itu berlaku padamu..Skrg Farish dah besar,kalau siapa-siapa yang tanya kenapa dengan kulit tu dia akan kata "gatal".Bijak anak mama berkata-kata ,mungkin xlama lagi bila sudah besar & pandai berfikir dia akan menyalahkan mama,menuduh mama yang menyebabkan dia jadi begitu.Atau mungkin tidak akan memaafkan mama ?
Ya allah,xdapat mama membayangkannya sayang.Mama harap farish faham bahawa tiada IBU didunia ini yang sanggup melihat anaknya sakit malah jika boleh biarkan segala kesakitan itu dipindahkan pada mama.
Kini,dah hampir 10bulan kisah itu berlalu.bekas yang tinggal pada wajahnya alhamdulilah kembali seperti biasa cuma dibahagian bahunya saja yang dapat dilihat tumbuhnya kulit asing pada lapisan atas kira-kira 2inci tebalnya,kalau disentuh,terasa kerasnya kulit asing itu.Pihak hospital ada menjelaskan terdapat ubat yang boleh menghakis kulit asing tersebut tapi kini Farish dalam tempoh rawatan untuk menipiskan & mengembalikan kpd kulit asal dengan bantuan baju (ala-ala korset) supaya daging yang tumbuh itu terbantut.Kalau tak dijaga dengan rapi,kulit tu akan kembali megereot/menggerutu dan mungkin akan mengakibatkan ianya melekat antara ketiak dengan bahu.. :((.Maafkan mama Farish!
KEPADA SESIAPA YANG MEMPUNYAI PENGALAMAN & PENGETAHUAN BAGAIMANA & APAKAH UBAT-UBAT YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENGEMBALIKAN KULIT BAHU FARISH KEMBALI NORMAL,TOLONGLA BERIKAN SEDIKIT ILMU PEGETAHUAN PADA KAMI YANG MEMERLUKAN..INSYA ALLAH, HANYA ALLAH SAHAJA YANG DAPAT MEMBALAS JASA BAIK KALIAN...SALAM..





















Wednesday, October 29, 2008

Farish sakit lagi...:(

Xsampai pun sebulan farish ari tu demam-asma tiba2 Farish demam panas lagi semalam,suhu naik sampai 40 C.Ari tu 9 Oct dia sakit,la ni sakit lagik..Kebetulan mama cuti semalam,siang n pagi tu masih mcm biasa,cumanya adela mula batuk+selsema sikit..lps je bgn tido kol 2.40pm tu muka dah start merah-merah.farish kalau demam muka akan naik merah-merah akibat kesan dari terkene air panas dlu,kulit mukanya jadi lebih sensitif & nipis..kesian :(.Cepat2 mama mandikan dan bawa g klinik kerajaan.Farish lebih serasi dengan ubat -ubatan dari klinik kerajaan.sampai kilinik terus kene mandikan sekali lagi,panas sangat badan dia,nurse pun takut tengok dengan muka yang jadi merah padam tu.Sumer pelik,farish dah famous lak kat sana,kerap sangat sakit-sakit...kita ni sebagai ibu lagila susah hati,pilu hati ni tengok anak-anak sakit,monyok,demam ,dan kalau boleh biarla semua sakit-sakit yang ditanggung tu dipindahkan pada kita..Kalau malam tu tok sah ckpla,merengek-rengek sepanjang malam,myb dia nak kita rasa mcm mana kesakitan yang di tanggung....alhamdulilah lepas jaramkan kepala farish dengan tuala basah panasnya turun sedikit....batuk pun kurang malam tadi.biasanya mama xleh tdo tanpa kipas tapi bila farish dah macam tu...mama sanggup tido berpeluh-peluh xberkipas...

untukmu anak sanggup mama korbankan nyawa atau apa saja...;(

Wednesday, October 22, 2008

Baru belajar...




Kiter baru belajar buat benda ni tadi.suke tengok hasilnya..

ni baru permulaan lagi...tunggula esok-esok kalau ade masa godek-

godek pc ni lagi.Ni pun sempat buat sejam je masa lunch tadi.

Kebetulan xkua lunch kan,tapau karipap 3 ketoi je dr member.

skrg sesi berdiet so xleh makan banyak-banyak...

nak share jugak

DIET MENGIKOT JENIS DARAH

kita darah jenis B jadi kita share yang ni jer.

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘B’


Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel. Teori Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.


Ciri khas golongan darah B:
• Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.• Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.• Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.• Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.


Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali ‘blue chesse’ dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.
Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.


Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemakSnek: Jus anggurMakan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herbaSnek: Jus limau/yogurt dan teh herbaMakan Malam : Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba

Friday, October 17, 2008

:( no mood!!

Hari ni hari jumaat kan??Biasa mood mcm ni datang monday jer :( Moody tol rasanya hari ni,nak

ber ym pun xder mood..mood ari ni hanya untuk buat kerja & terjah blog-blog orang.kenapa tah

hati ni rasa asing sangat la.Tadi lunch balik umah, kemas-kemas rumah settle kan kain-kain

baju jer yang tak berbasuh, tak berlipat & tak bersusun.Jumpe abg tadi tego2 gitew jer.Dah la

dia pun emo yang aku ni lain mcm sangat hari.Macam mana nak ku kabarkan pada abg bahawa

hati ku gundah+gulana+rasa asing+ haish macam macam perasaan yang ade pada aku hari ni

lah.Aku pun tatau nape & ape yang dah jadi pada aku sbnrnya..lebih pada rasa sedih yang

melampau...huhuhu...

mood...mood kembalilah padaku secepat yang mungkin ...aku xmahu buat orang yang aku cintai terluka dengan mood aku yang tah ape-ape tah ari ni...

Farish,Fareeq,mama rindu kamu sangat sangat nak...:(

Monday, October 13, 2008

Today Farish 1 year 7 months..



muka-muka anak bujang mama..mcm twins la pulak.hehehe

Hari ni Muhammad Farish Hakimi dah berumur 1 tahun 7 bulan..hampir mama terlupa & agak confius kadang kadang bila dah ade 2 anak ni bila agknya tarikh lahir anak-anak mama.Mungkin banyak bende yang mama perlu fikirkan kan sayang.Banyak sangat perkembangan farish yang mama lihat skrg,kelakar pun ade,marah pun ade,dan yang penting sekarang ni farish makin nakal & makin sensitif sejak dari sakit sakit raya hari tu.Semalam masa otw kerumah kawan abg di Alor Gajah bila duduk kan kat seat depan sebelah abang terus dia tanya "papa,ayieq?? "ayieq belakang dengan mama sayang,cuba tengok" bila papa kata gitew je terus dia berdiri dan toleh kebelakang & sambil tersenyum-senyum kambing pandang mama tandanya nk join duduk belakang sekali..So ber impit2 la 3 beranak kat belakang tu.Bila agak bosan duduk car seat Fareeq menangis jer "mama,ayieq na nenen" ha??mama terkejut bila dia mula pandai membina ayat dengan baik.mama tanya balik,"ayieq nak ape sayang?" "nenen lah!!".mama ngan papa terus ketawa besar tengok gelagat dia...bijak,bijak..
Balik je dr Alor gajah pulak,masuk je dapur tinjau mama sambil cakap "mama,nenen catu!" papa ngn mama saling berpandangan & tepuk tangan sama-sama.gembira bukan kepalang bila tengok anak-anak bijak bercakap ni.Gigi farish smlm dah nampak bawah tu dah tumbuh lagi satu,maknanya gigi bawah 3 batang, geraham atas dah bawah dah kua sikit gigi xlama lagi akan tumbuh dengan banyakla nampaknya.Skrg makan dah memilih,mana mama suka tu yang dia suka, nampak je almond london bila beraya rumah orang terus terkam balang & cakap "nakkkk".habis satu balang kecik 2 beranak makan.huhuhu.Kalau dulu,amat manja & agak mengedis ngn papa je tapi xtahula sejak hari raya tu dia mula rapat giler ngn mama,dah kureng ngn papa & wan dia..hahahhaha.Papa amat jeles seh...sikit sikit panggil mama je skrg,jarang dah malam-malam sebut papa kalau dulu tengah tido pun panggil papa jugak.sekarang tidakk lagik..ekekek.













ini gambar fareeq sekadar hiasan blog mama..heheh

Saturday, October 11, 2008

Raya----> Open House..

Ops..kalau sebut raya xlari dengan open house kan?Tapikan bukan ler aku yang mengadakan open house tapi nk list outkan rumah-rumah yang dah menjemput kami sekeluarga untuk datang ke open house.hihihi.Siap list out bagai,bukan aper takot lupela..Lagi kang penat org masak banyak-banyak tapi xder tukang makan.Kesian kan,elakkan pembaziran.hehhehe

Dahla sejak raya cuti seminggu berat ku naik 1kg..aduhaii....nk kawal2 makan tapi terpesona jugak ngn juadah juadah dihari raya.Suar baju semua ok muat lagi cuma perot dah tambah boroi & muncit.Banyak betol spyre type kat perut aku ni.Diet...diet...diet...bila tah nak mula.yang pasti monday depan start puasa 6 & sekaligus puasa ganti..Insyaallah terlaksa la hendaknya.

antara rumah-rumah yang tersenarai :-
1. kawan asben,zami - petang semalam.dah selamat sental mee kari.
2. baby sitter Fareeq - 12hb malam -boleh terlupa lak nak dtg.huhuhu
3. umah kak ju alor gajah-makan mee kari gak
3. company open hari raya - 12hb malam -xdtg bz beraya
4. kawan asben - 18hb malam (ni menu sate & ayam percik..yummmy)
5. kawan asben - 19hb malam

berturut2 tu 3 malam.haishhh,,bape kg naik lps ni xtahula kan?ramai kawan abang yang ajak lagipun kawan-kawanku kat office ni ramai yang bangsa india dr melayu dah tu yang melayu semua bujang2 lagi....xder pun nk buat open house bagai...

ok,takat ni je updated untuk hari ni..

Thursday, October 9, 2008

Farish asma!

alat nila yang nak kene cari untuk Farish tu.pada sape2 yang pernah beli agknya berapa harganya yer.ni nak kene turun seremban nk carik ni.
Asma @ semput Farish datang lagik malam tadik.kesian mam tengok,pagi-pagi buta kol 2.30am terkejar-kejar papa bawa farish bawa ke unit kecemasan pekan pedas.Mmg dah biasa kejadian mcm ni berlaku kalau farish batuk batuk teruk sure asma dia datang balik.Nasib baik org kat UK tu xtido mampos.Sepanjang malam batuk2 jer,muntah2 semua lendir kelua tapi masih xberkurangan malah nafas nya dah mula sangkut2 & bila perhatikan time dia tarik n hembus nafas tu rasa mcm payah sangat-sangat.Fareeq pun menangis-nangis malam tadi seolah olah tahu penderitaan abg long nya..ni la muka abg long farish yang sakit semalam.
bekalan ubat dr klinik.


Rasa macam dah ditahap kritikal jer bila farish dah dapat ubat pam gas tu,kalau sebelum sebelum ni guna nebuliser jer n bergantung dengan ubat asma n batuk yang kaler putih tuh tapi skrg tidak lagi.Ubat pam ni xleh tinggal walau kemana kami pergi,mmg penting buat kami semua lepas ni.Kasihan farish,xhenti henti sakit jer. Ubat ubatan ni kami ambil dari Klinik kerajaan tapi masih belum lengkap lagi sebab masih ade satu alat yang perlu digunakan untuk penggunaan anak2 kecil.Nk kene survey kat farmasi n klinik2 swasta balik ni.Kalau xdpat kat kawasan rembau ni,nampaknya kene turun seremban la baru dapat.Haishh....dugaan dugaan.
Tadi masa kene nab hampir setengah jam jugak mama kene pegang dia kuat2 seorang diri,mmg ssah kalau pergi sendiri tanpa bantuan sesiapa.Bukan apa,malas nak kaco tugas2 n kerja2 papa.Selagi mama leh handle insyaallah mama akan buat sebaik yang mungkin.Farish sayang semoga cepat sembuh yer..Anak mama ni kuat kan?




Wednesday, October 8, 2008

Rayer lagik!!

Raya ke3 kami ke rumah saudara di Palong 7,sempadan Pahang nun ha.
Penat giler duduk dlam kereta dengan ragam anak-anak,Farish demam,batuk+selsema.Fareeq lak dpt jangkitan selsema dr abg long dia.Sian anak-anak mama.Walau mcm tu,fareeq walau susah nk tidokan,nak bawa berjalan tapi dia mudah dijaga,baik sekali.Good boy dah anak mama ni kan?Farish memang menangis2 dalam kereta.Ganggu konsentrasi papa nya nak drive.
NI MASA DAH SAMPAI anak-anak sepupu abg semuanya perempuan..
kakaknya yang tengah2 ni yang sebok suh amik gambr dia.hehhe
fareeq bawa diri...
abg yang kepenatan..sampai lolap2 mata..hihi

NI MASA ON THE WAY KE SANA.....
rajin tol Farish baca buku dalam kereta
muka moncong budak demam
tgk tu,beria2 dia membaca
fareeq busyuk
enterframe muka mama lak.hiks.













Raya Day 2





THEME : coklat+oren
Amat susah nak capture walaupun sekali gambar me n abg,xtahulah mungkin sbb ade anak2 kot.hiks..alasan xmasuk dek akal tu.Gambar mmg xbanyak,xmcm kawan2 yang lain banyak bergambar dengan adik beradik,emak & mil masing2 tapi xbagi fara.Xtahula belah abg mmg semuanya xmesra kamera.Belah fara je yang mesra kamera & giat bergambar dipagi raya.kalau raya pertama dirumah mak memang meriah dengan flash2 kamera jer.Tahun ni ikot ckp suami tersyg nak beraya dirumah mil,baru la ni nak ikot sistem giliran la konon but for next year xder sistem giliran2 ni der.opsss,baru perasan gambar abg dengan anak-anak xder sbb dia lari dr theme kami bertiga.ekekke
Raya ke2 rancangnya nk blk kerumah mak,tapi xjadi sbb ade masalah yang timbul masa malam raya tu.Mmg sedih sgt-sgt tahun ni raya kami.Kiranya xseperti yang diidam-idamkan & dirancangkan lah.Rasa geram+marah+benci semuanya ade.Sebab dia semua jadik gini.Kami yang menjadi mangsanya.Kecil hati sgt-sgt ngn kedua-dua mak kami.Rumah sana xkena,rumah sini pun xkena tu sebabnya kami rancang tahun hadapan & tahun2 seterusnya akan beraya dirumah kami sendiri jer & kemudian barulah pergi menzirahi ke rumah mak-mak kami.
Kesimpulannya raya tahun 2008 ni xbest!!akan kupastikan raya tahun hadapan yang lebih menarik,seronok & meriah dr tahun ni.huhuhuhuhu.

Tuesday, October 7, 2008

Raya Day 1










THEME : MAROON



Frust gambar 1 family xder cos xder saper yang boleh diharap snapkan gambar raya.mesti cm

tu jer.Tahun lepas pun cm tu.Tgl kami ngn Mil je kat rumah,mi xpandai nk jd camera women

ni.eheheh.trs kua g pekan rembau jap amik gambar studio..puas hati..kekekke

Raya day 1 di rumah MIL.no 25 rumah rakyat chembong.Tahun ni malam raya sampai first

raya malam kat sana,lps tu baru balik rumah mak .Xlekat langsung kat rumah sendiri.Plan next

year xmo tido rumah saper2 kecuali rumah sendiri.Lagipun rumah mil ngn mak dekat dekat

jer,dalam 10 min cm tu dah sampai.lepas tunggu abg solat raya ngn mil barula bekpest sama2

dan pergi ke pusara arwah abah dan seterusnya ke rumah jiran tetangga & sanak saudara.

Monday, October 6, 2008

masuk kerja semula

Yipppieee....
ari ni first day masuk kerja setelah seminggu bercuti raya bersama sanak sudara.tapikan rasanya belum abes lagi tawaf rumah sanak saudara & sahabat handai.dah abes puasa dah,lps ni kene puasa 6 pulak,insyaallah esok lusa mula la.heheh.
Masuk jer kerja pagi ni briefing pagi2 dah kene bambu kat boss ,ape la punya org dah la kebanyakan pekerja baru mula kerja ari ni,dia saje nk buat org hilang mood pagi2 macam ni.alahai masuk telinga kiri kua telinga kanan sudahla kan.Harap2 xder yang ambil hati dengan luahan & melepaskan perasaan geram dia yang xdpt cuti panjang macam kami ni.ekekekek.
Hari ni mcm2 rasa ade kat hati,malas nk bangun pagi tapi bersemangat sikit la nk masuk kerja jmpe internet n kawan2,berat hati jugak nk hantar n lepaskan anak2 ketangan pengasuh masing2 yelah seminggu berkepit ngn mama & papa surela manja sakan Farish & Fareeq nak-nak Farish yg sarat tanggung demam nk tumbuh gigi geraham.Apela,tumbuh salah time lak.tumbuhla lepas raya ke,sebelum raya ke ni hari raya lak baru tumbuh.haishhh..potong line je nak jalan sakan.Kesian jugak,dah seminggu xmakan ape2 susu pun tanak baru semalam la start nk menyusu,galak jugak sbb xmakan ape2 kan?Sian dia,selalu sangat sakit2 farish tu,tiap2 bulan mesti ade je yang xkena.Kurus dah anak mama,perut muncit pun dah kempis dah.Tahun lepas pun hari raya jugak demamnya..Fareeq lak,biasala mat jambu sorang tu tido buaian kan,sakan la melalak nak berbuai,manala nk dpt buai rumah org nak oii,kalau ade pun msg2 buat donno je dengar fareeq melalak nk tdo buai,apelah punya sedara mcm tu,org yang bukan sedara pun bersimpati ,,mmg patut pun xdpt duit raya anak2 dia sbb bikin hati mama & papa panas.huhuhu.

ni sikit2 jer pasal hari raya,banyak story tapi update len kali jelah..
kepada semua bloggers....

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..