CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, April 29, 2009

~StREss~

saya sangat stress skrg ni.mood nk kerja pun tak der.hari tu anak-anak saya sakit demam bagai,xhabis lagi kisah jaga anak-anak yang sakit datang pulak satu masalah dlm kerja.secara tiba2 saya diarahkan tukar department.Pulak tu kene berpindah ke department yang saya xminat dan suka.Bertekak-tekak dengan bos bangsat tu ha...sakit betul hati ni...Rasa dunia ni mcm gelap bila tahu kita tidak dihargai lagi bekerja.Keputusan melulu yang saya buat adalah,saya nak jg full time house wife tapi bila fkir-fikir balik rasanya mcm xbest la kan kalau xder pegang duit sendiri.kalau nk harap duit suami je sian pulak kan :(


saya dalm keadaan tertekan,nak ber blogging pun xder mood.ni pun saya gagahkan jugak menaip luahan hai saya...ya allah begitu hebat ujian yang perlu kami tanggung ini..disaat-saat saya sedang sedih,masalh dtg lagik..bantula saya ya allah,permudahkan jalan kehidupan saya di muka bumiMu ini..

saya skrg tengah bergiat berusaha sehabis yang mungkin untuk mencari kerja lain.rasanya kali ni adalah kali ke3 saya diperlakukan sebegini.mungkin ini yang terakhir saya didera sebegini..saya xsanggup berhadapan dan bersabar dengan situasi begini...apa yang berlaku pada saya ni,saya percaya tentu ada hikmahnya...


xpernah terlintas dlm fikiran ade org@binatang yang akan cuba menabur pasir dlm periuk nasi saya.apa yang saya harap lps ni dpat gaji sikit pun xper janji saya enjoy bekerja...

Sunday, April 19, 2009

~Bila Abg LOng Sakit~

Weekend kami semalam,papa ade game bola tampar antara Nestle department kat kilang.
Di buat secara tertutup dengan pekerja2 sahaja so kami xpatlah nak join sama.Saya merelakan abg pergi dgn keadaan berat hati jugak memandangkan abg mmg minat sukan dan abg long yang demam.Dan inilah hasilnya yang saya suka.kalau ade apa2 game mesti dpt saguahati dr Nestle..Dapat milo 500g xsalah dan lepas tu coklat-coklat keluaran Nestle,padahal semalamnya tu baru sebut2 nak makan coklat kit kat.jeki jeki..huhuhu.Selalu lebih banyak,tapi kali ni sikit pulak dptnya.Jadilah kan dari xder

Farish demam dr 13hb april hari tu,masih saya ingat lagi bila dia xlalu nak makan,susu dah semuanya la.walaupun saya umpan dengan makanan kesukaan dia sekalipun dia tetap menggeleng.asal makan jek sikit,trs muntah lps tu.kesian,susut betul bdn abg long,seluar jeans nya pun dah longgar :(.5hari lps tu dia semakin pulih sikit,adelah lalu nak makan sampai mengamuk2 minx nasi lauk kicap.xsempat2 nk tunggu nasi masak..Legaa sikit hati saya.


Lepas tu hantar dia mcm biasa kat Mil masa saya pergi kerja.xtahula pulak dia bole berjangkit demam dr mil petang tu,badan dah start panas manjang sampai la semalam.Siang tu,lps mandi n susu,terus semua muntah balik.Sejak tu hanya terbaring je xlah bangun-bangun pun.sampaikan biru lebam bibirnya.Pelik jugak xpernah kene mcm tu,hujung kaki dan tangan sejuk mcm air batu.Trs bawa klinik dan jumpe seorang tua yang boleh buatkan air tawar utk dia.Lps tu dah ok balik..Balik je umah still keadaan dan suhu badannya sama jer..Saya dah mula panik,takutkan kalau kene sawan tarik2 tu ker,simpang la malaikat 44.xsanggup nak pegang kepala dia,punyala panas..Trs bawa ke unit kecemasan klinik kesihatan.

Doc suh letak air kat badan ,kepala dah celah ketiak farish.Lps letak air tu suhu dah turun ke 38.8C.Pas tu doc masukkan ubat bontot sejak tu baru ok sikit.Ubat pun abg long tanak makan,bila bagi ubat sengaja dia muntahkan.Ubat bontot lah yang mujarab waktu ni.alhamdulilah malam tadi selang setengah jam saya monitor badannya dah kurang panas.Farish sayang,cepat sembuh ye nak,mama rindu anak2 mama sihat cergas.Mama rindu nk dgr farish minx mama makanan mcm selalu.Tengok farish berlari bermain dengan adik..Semoga anak mama cepat sembuh..


ni masa sabtu.badannya dah mula panas.
ni masa g HTJ bawa dia check up hari rabu.tgklah badannya dah kurus kering..:(





~Cake birthday Fareeq~

birthday boy ~ baby ayeeq


kek sempoi,fareeq is 1 :D
Muka birthday boy teruja tengok lilin...tapi xpandai nak tiup... hehe

belum sempat nyanyi,fareeq sudah cakar itu kek..huhuhu

mama tolong tiup lilin dan potongkan..hehehhe
Hi semua :)
Sabtu lepas birthday fareeq kan,kami plan nk buat nasi ayam n potong cake among family members but mcm2 ragam anak2 teruna saya.Yang abg longnya demam panas xsurut2,so xder hati pulak nk masak2..huhuhu.Sesi potong kek ni pada malam hari,kalau tengok dlm gambar abg long mmg xjoin sbb dia masih terlantar dlm bilik akibat demam panas.. :(. But nak juga celebrate kecik2 utk fareeq,kire cukupkan syarat sebagai ulangtahun hari lahirnya yang pertama la, at least ade juga kenangan yang boleh dikongsi.Insyaallah,minggu depan akan buat majlis hari jadi anak2 teruna serentak secara sederhana.hopefully kesihatan kedua-duanya diizinkan..insyaallah..
Untuk baby kesayangan mama ; happy 1st birthday to fareeq,semoga jadi anak yang soleh dan jangan kuat sangat gadoh2 dengan abg long tau.Semoga membesar dengan sihat,cemerlang dan berjaya yer sayang.Papa,mama dan abg long sayang kamu sangat2!Sayang kami pada kamu xtergambar dengan kata-kata...
Ayeeq teruja bila tengok lilin menyala dan kami ramai2 nyanyi lagu birthday untuk dia.tergoyang-goyang badan dan kepala dia bila kami nyanyi..so cute!Tapi ayeeq xpandai tiup lilin lagi,dia hanya pandai tepok dan cakar kek tu,nasib tak hancur kan sayang.kekek.Mama dan papa happy bila tengok anak2 kami membesar.Semoga kesihatan sentiasa megiringi kamu yer sayang.jangan sakit2 lagi yer nanti mama & papa risau..
sorry sbb gambar kurang memuaskan,papa yg tukang ambil gambar main hentam capture xsetting dlu.hasilnya gelap pulak sbb xder flash kan?huhu.anyway,tq yer papa.Mama pun serabai sebab baru balik dr klinik hantar abg long...abg long dia demam teruk..nanti next entry sambung story..:(



Friday, April 17, 2009

~Muhammad Fareeq Hazami Turn 1~

Sorry yer,gambar susunannya xbape nak betul.layankan gambar2 ayeeq sejak dr kecil hingga dewasa..cewahhh,dewasa la konon..berjalan pun xtahu lagi.kekkeke
ayeeq 1 year~


ayeeq 5 months
ayeeq 2 months


ayeeq day 3~


baby mama,juz born~




Alhamdulilah,esok 18 april 09 genapla umur ayeeq 1 tahun.emm, masa tu saya dan suami dapat tahu sewaktu mula2 mengandungkannya farish baru 5 bulan.kiranya kehadiran ayeeq sebab eksiden la.huhuhu.apa pun kami menerima ketentuan-Nya dengan lapang dada walaupun mcm2 perasaan yang timbul masa tu.Rasa menyesal pun ade,rasa sedih,takut dan mcm2 lah.Sampaikan satu ketika saya nak buat keputusan untuk mencuci janin tu,nauzubillah sampai mcm tu sekali singkat saya berfikir.kLau lah saya bertindak bodoh mcm tu saya xkan dpt menatap seraut wajah yang manis ayeeq yang lebih meyerupai muka suami..Mujurlah suami menenangkan saya.Hari ni saya rasa sedih dan sayu bila teringat balik sewaktu saya mengandungkan ,melahirkan,dan menjaga ayeeq hingga sekarang.Bagi kami,menjaga nya xsemudah farish sewaktu kecil.Dugaan yang sungguh berat la dalam setahun ni,mcm2 peel dia buat.sampai saya tension,nangis2,jerit2 pun ade .huhu.

ni saya quote pengalaman nk melahirkan ayeeq :)



Alhamdulilah, aku kini dah selamat melahirkan anak kedua kami,Muahammad Fareeq Hazami namanya.Dilahirkan secara ceaserian pada 18 april 2008 jam 7.15pm dengan berat 3.4kg.sama berat dengan abg long dia. .So,nk cite sikit pegalaman melahirkan ank kedua ku..


EDD 12april08 tapi hari tu masih xrasa sakit-sakit jugak.Tapi aku dah bersedia mental fizikal pd semua kemungkinan yg akan berlaku.Asben suh apply cuti 15hb sbb kesian tgk aku sarat bawa perut.



13april08
Mak bagi minum air kembang fatimah,katanya utk memudahkan bersalin,aku pun tegok air tu sampai habis.Tepat kol 12am aku nyer perot dah stat sakit constraction 10min/1.Ya allah,asben da cemas-cemas bitau mak n suh aku p hospital .aku thn jugak sakit tu sbb esoknya ade check up.masa tu baby dah krg gerak,riso jugak tapi aku ttp monitor sbb mmg kebiasaannya dia mmg krg aktif berbanding farish dlu.



14april08
Pagi je sakit dah stop & mula sakit blk belah malam tapi malam ni lebih kuat dr semalam.10min/2.Ya allah tuhan saja yg tahu.Malam tu asben pujuk aku suh p hospital bila dia terpaksa xtdo mlm sebab tgk aku tahn sakit tapi aku tetap degil xnk pegi.



15april
Bagun pagi kurang sikit rasa sakit,contraction kuat waktu malam je,2malam xdapat tdo lena.Sama mcm sakit nk aku perlu tanggung mse nk lahirkan farish.Lps mandi je aku tgk dh turun tanda darah,asben ngn mak suh p hospital ari tu jugak.Alhamdulilah baby dh gerak ok,aktif semula. ,kol 10am terus gerak g hospital.doktor seluk baru 1cm. .




16april~17april08
Constraction yg sama aku rasa tapi sejak masuk ward ni constraction makin kuat,memang terasa betol kesakitan yg kepala baby tengah nk turun ke bawah.Dulu masa nk bersalin kan farish aku xpernh pulak rsa sakit yg mcm ni,sbb masa tu kepala baby masih xturun lagi. .Tuhan saja yg tahu sakit yg perlu aku tanggung,malam tu sakit sangat n staff nurse seluk baru buka 3cm.Doctor datang n bitau,aku akan dihantar ke labour room esok pagi.Xsabar nk tunggu esok n nk tgk baby yg dlm perot ni.Tambh2 lagi bila scan asik sorok je, so kami masih xtahu akan jantinanya.



18april08
seawal pagi 8am aku dah dihantar ke LB,berdebar2 sungguh hati tapi sebelum masuk labour room aku sempat teguk sikit air selusuh yg mak bekalkan.. ,org ckp klu sblm msk LB elok minum.Setiap 4jam doktor dtg cek,ya allah jawapan doc mmg menghampakan kami bila bukaan servis msh dlm 3cm tanpa ade apa-apa perkembangan smpaila ke pukul 6pm..sekali lagi aku diseluk dn masih xmenunjukkan apa-apa perubahan.Masa tu aku dan siap sedia utk menerima yg aku xkan boleh bersalin secara normal ,dengan izin asben,aku membuat keputusan utk c-zer je sbb dh xtahn menangung kesakitan ku dan akhirnya tepat kol 7 aku ditolak ke LB...7.15pm lahirlah permata hati kedua kami,muhammad fareeq hazami seberat 3.4kg,,sweet sgt,muka baby mcm girl sampai asben pun boleh sangka yg kami dapat baby girl..


Wednesday, April 15, 2009

Perkembangan Positif anak

Syukur alhamdulilah...
semalam adelah perubahan positif pd anak2 saya.Farish nampaknya nak makan nasi,sesenduk saya letak dia boleh habiskan,kalau tak tu 2 sudu dah geleng2 kepala.Semalam pun dia sendiri yang meroyan nak makan nasi lauk kicap katanya..alahai kesian sungguh,saya baru sampai rumah terkejar2 masakkan nasi untuk dia.lama dia tunggu nasi masak asikla merengek n merayu2 nak mamam..huhuhu.


Fareeq pun menunjukkan perkembangan positif semalam,nasi putih xberlauk saya suap pun laju je dia makan,seronok bila tengok anak2 dah ok.lagipulak semalam rupanya bb sitter senyap2 bagi fareeq teh pekat,pagi ni masa hantar baru dia cerita.xperla lagi pulak semalam fareeq ok xmeragam,cirit birit pun xder,makan pun nampaknya lalu jek.alhamdulilah.mama sangat happy tengok kamu berdua beransur sihat..plss sayang ,mama nak anak2 mama debob mcm dulu blk :=P

Tuesday, April 14, 2009

~Saya Sedih,Saya letih~

Salam sumer,
lama xjengok blog kawan2 dan blog sendiri.mcm ni cerita nya..
kirenya dah 3hari saya,farish & fareeq demam+muntah+cirit birit.
xtahula apa sebab utamanya tapi yang pentingnya pembawa virus yang
pertama tu pada awalnya farish mula demam2 lepas kaki nya tercocok
paku tekan tu disertai dengan cirit birit 2x sekali kire xlah teruk sgt kan
kire nya farish kurang selera makan,kurang susu dan kalau makan semua
nya akan terkeluar balik,shian abg long susut betul badanya skrg,masuk
hari ni dah 4hari farish xmakan nasi.Fareeq dah saya pulak kene virus
ni serentak pd malam yg sama.dimulai dengan muntah2 yang banyak sampai
keluar melalui hidung,tidur pun terganggu...dedua anak bujang saya xlalu nak makan
minum susu pun berpaksa itupun hanya sikit jer.kasihan betul saya tengokkan
saya sendiri baru 2hari xlalu makan berat turun 1kg,inikan pulak anak2 yang kecil
kan.hari ni saya mula bekerja dengan hati yg berat memikirkan kesihatan anak2..:(
fareeq ok lagi boleh makan ubat tapi farish langsung xboleh mkn ubat,semua
dimuntahkan balik.masa demam pun terpaksa guna ubat masuk dlm bontot dia.
alahai,sunshine mama sayang cepatlah sembuh...xsanggup mama nak lihat kesakitan
kamu sebegitu lama.



shian jugak kat papa,2hari bertungkus lumus jaga anak2 dan bini yang terlantar.
kalau bab pakaian mmg bergelen2 nak dicuci...dalam keadaan kami xsihat ni la
elektrik la xder,air lah xder.u olls bayangkanla anak2 cirit birit & muntah sepah2
lilin kehabisan stok.huru hara si suami berlari sana,berlari sini terkejar2..huhu..sayang
terima kasih diatas segala pengorbananmu...sayang papa...tq yer pa sebab susah payah
jaga anak2 kita masa mama sakit..huhuhu...mmg bab kain2 yang berlungguk saya suruh
asben abaikan dlu,bila saya dah sihat sikit semalam barulah saya settlekan kain yang
berlungguk tuh.habis semua cadar diguna pakai sebab muntahla,berakla..huhuhu
pertama kali saya merasa menjaga anak2 sakit cirit birit..ya allah amat memenatkan
dan memeritkan...ya allah,kasihanila anak2ku,pulihkan lah mereka seperti
selalu dah pulihkan keinginannya untuk makan seperti selalu...hanya padaMu tempat
kami mengadu dan memohon petolongan...:(

Friday, April 10, 2009

AL-KISAHNYA SUSU OH SUSU







Alkisahnya pasal susu dugro 1~3 ni ha,cube korang tengok kat pamplet,saya aim tang susu dugro 1~3 tu jek,punyala banyak kertas tu sampai kat umah saya.bukan kata sekali saya tengok malah berkali-kali tapi boleh plak tak perasan yang tarikh nya susu promosi tu pada 17~19 april dan bukannya tarikh yang atas 10~12 april kan?huhu.tapi bila saya test dak2 opis ni ha,kalau depa pun sekali pandang mmg ingat tarikh promosi susu tu pada 10~12 april.hahahha
So,walaupun stok susu dah tinggal ciput cukup2 makan,saya dayakan jugak tunggu sampai hari promosi tu.pada 10hb tu lunch time terus pecut ke Family Store berkenaan sbb budget sure akan cepat habis punya sebab kat sini mmg jarang ade promosi mcm tu.lagi pulak limited 2pax per person je kan,dah berfikir awal nak beratur 2x sbb nak rembat 4 peket sekaligus..kekeke.Bila sampai je ,hati saya cm xsedap
"eh,baik cek balik betul ke promosi tu hari ni"
dalam hati berkata la tu.huhuhu
terus terjah kat bahagian derang tampal kertas promosi tu,
terbeliak bijik mata terperanjat rupanya salah tarikh.kekeke
geram btol lah..so dengan langkah longlai dan frust masuk jugakla membeli
2 peket sementara tunggu tarikh promisi yang sebenar,yang peliknya queen_nur
aka maz dari pcm tu leh xperasan yang tarikh salah.kekek.xtahula pe citer sama
ada dia g ke tak rembat susu bawa 2~3 org kuncu..huhuhu



~Tercocok Paku~

shian.....
anak saya farish petang semalam tercocok paku tekan di tapak kakinya,
sekarang jalan pun terencot-encot.pastu malam tadi meragam agaknya
berdenyut sakit kan?mmg bengkak nampak,merah n panas je tempat
yang terkena tu.sebok dia ngadu "kaki kakit,kaki kakit"

alahai sayu beno hati saya mendengarnya..trs rush bawak p klinik
bila minx injection doc kata xpayah cos xkritikal,tapi bagi saya
mmg nampak kritikal la kan?yelah,hati ibu mana yg xbimbang??
doc cuma cuci kaki dia n bagi 3 jenis obat
ubat susut bengkak,antibiotik dengan ubat tahan sakit
bila dah balik ,saya bagi makan ubat..selesai je ketiga-tiga
ubat ditelan dengan terpaksa terus semuanya keluar balik
adusss,cm mana kaki nak baik kalau makan ubat keluar balik



pagi tadi badannya dedar mcm nak demam,tapi bila
call mak katanya semua ok..tengah girang bermain...
alhamdulilah.....:)


Wednesday, April 8, 2009

~Ragam Anak2~

hi,
salam baut semua kawan-kawan..heee
kali ni nak updated pasal ragam anak-anak bujang saya,

haaa,ni fareeq.dia ni mesra kamera sikit.ala2 mat perasan gitew..mula2 amik je kamera terus suruh dia posing,mula2 gambarnya seperti dibawah tu,bila kata "ayeeq, smile",terus dia nampakkan 6batang gigi tu.2 batang gigi atas tu mcm malu2 sikit nak keluar.huhuhu.so sweet,kalau dia buat sesuatu yang bikin hati saya panas kan,saya pandang dia daring jek pastu terus dia senyum mcm gambar kat bawah tu.alahai,cair hati mama langsung xjadi nak marah.
Satu lagi peel dia skrg ni kan,kuat menggigit dan lepok orang.yang selalu jadi mangsa lepok n gigit pada mama dan abg longnya lah..terkejut saya pertama kali tu dia pegang kertas sambil masok mulot tau,bila saya amik je kertas tu dr tangan dan mulut dia...terus dia ketap gigi pandang saya dan tarik jari saya masok dlm mulut dia.wawawawawa...dia gigit jari saya sekuat hati..apa lagi terjerit la saya terperanjat,ingatkan dia nak buat apa kan?cehhh,mana la dia belajar gigit org ni...kelmarin masa saya kurung dia dalam playpen ,abg long nya join sama masuk dlm tu,2x jugak abg long menangis rupanya kene gigit..sudah pulak dah...nasibla kawan tu xbalas balik.kekekek.kelmarin lebam kat pipi abg longnya,tanda 3 batang gigi..kesihan betul saya tgk...pelik jugak,farish kecik dlu xpernah langsung gigit2 org mcm tu..isk..geram sungguh saya tengok

lagi 8 hari jek fareeq nak turn 1 years...dia pun dah pandai cakap sikit..sebot mama,papa,nenen,susu..yang basic2 tu jerla yang dia tahu.hehehhe.mcm farish jugak dlu,permulaannya pandai sebot 4 perkara tu je dulu...berjalan unutk 5 ke 6 tapak pun dah boleh,laju ya amat dia jalan sbb nak sampai ke destinasi..huhu.hopefully boleh berjalan xlama lagik..caiyok2 ayeeq...hari tu saje je panggil ayeeq "abang ngah" depan papa dia...jeling terus papa nya pandang mama.kekekek...haruslah bagi hint2 sikit kan?huhu

sebelum potong rambut


lepas potong rambut

bergaya ngn jam ben-10 nya semalam..huhu
Farish pulak,semalam bawa dia pergi gunting rambut.masa sampai umah mil dia buat peel tanak ikut saya balik.xpernah dia mcm tu sebelum ni..sedih saya :( so terpaksa mil saya bawa sekali nk potong rambut dia,kalau mil xikut dia menangis2 tanak naik kereta..huhuhu.Plannya tanak botak mcm ni ,tapi bila tgk keadaannya xterkawal,trs saya kata kat cina tu,ketam terusla rambut dia.nak potong pun susah kalau dah meronta2 tu kan?isk,saya xsuke lak tgk rambut dia mcm tu.huhuhu.tapi xperla kan?ok jerk,ensem je mama tgk..farish skrg dah pandai ckp
antaranya ;
keaadaan 1
"mama,kimi nak ben 1o,hiak,hiak"
"tanak tiga tau"(ultramen tiga)
sambil buat aksi berlawan.
(belah mil panggil dia kimi)
keadaan 2
bila ayeeq dah mula tarik2 rambut dia
"angan laaa,kakit abang"
keadaan 3
bila adik saya panggil saya kak lang,dia pun sama
"ka lang,nak airrrr,cepat arrr"
keadaan 4
bila nampak saya dah siap nak pergi kerja
"mama,jom jom nek ter,cepat arr"
bila saya hantar adik dlu
"mama,ungguuuuuuuuuu"
keadaan 5
bila nak susu tapi tanak ckp terus terang
"mama,ni botol kan ma,cedappp nenen kan maaa"
hahahah.pandai buat maksud tersirat.
keadaan 6
bila saya marah n pandang daring kat dia
"mama,mama,mama,mama,mama,kaki kakittt"
nada suara dia panggil saya tu,ya allah lembut giler.
kecik2 dah pandai membodek.mama sangat anti ngn kaki bodek.kekekek

Tuesday, April 7, 2009

~Legaaaa~

ISO ~ itu susahkan org ,baru je habis petang semalam.Saya agak busy sebelum tu sbb tu blog lama xupdate,nampak dah bersawang dah.huhu.alhamdulilah selesai jugak satu masalah bila dah habis audit ni.sape2 yg pernah melaluinya pasti tahu la bagaimana situsinya kan?Nak-nak saya org kuat bahagian QA,company pulak tengah berperang nk dptkan projek baru .yelah dalam keadaan kegawatan ekonomi skrg ni mstilah pandai cr bisness kan?So,dalam masa projek baru mula nk bertapak masa tu jugak ade audit sirim...wawawawa,,bos sibuk anak buahnya pun sibukla kan?kekek.Mmg bos lepas tangan betul kat saya buat semua dokumen2 yang berkaitan nasib baik ade bantuan dari pihak ketiga..alhamdulilah.Lega betul,lepas satu malapetaka rasanya.Tahun ni myb pertengahan tahun pulak ade audit 14001 pulak.ayooo,fening fening.dulu kan,rasanya dah 2 tahun saya xhandle sirim audit ni sebab dalam 2 tahun tu mmg ngam2 bulan 3 dan 4 saya berpantang dan melahirkan farish dan fareeq.kekeke.so tahun ni banyak gak mulut2 org pesan kat saya jgn sampai audit tahun ni saya xder plak.kekeke.


Bila dah lepas audit ,patutnya makin bersemangat buat kerja kan tapi saya rasa makin malas pulak.heheh.yelah sebelum2 ni penat buat mcm2 kan,so hari ni hari utk saya bersuka ria lah pulak.heheh.so,kawan2 kita enjoy dulu....:P