CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, October 22, 2008

Baru belajar...




Kiter baru belajar buat benda ni tadi.suke tengok hasilnya..

ni baru permulaan lagi...tunggula esok-esok kalau ade masa godek-

godek pc ni lagi.Ni pun sempat buat sejam je masa lunch tadi.

Kebetulan xkua lunch kan,tapau karipap 3 ketoi je dr member.

skrg sesi berdiet so xleh makan banyak-banyak...

nak share jugak

DIET MENGIKOT JENIS DARAH

kita darah jenis B jadi kita share yang ni jer.

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘B’


Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel. Teori Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.


Ciri khas golongan darah B:
• Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.• Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.• Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.• Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.


Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali ‘blue chesse’ dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.
Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.


Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemakSnek: Jus anggurMakan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herbaSnek: Jus limau/yogurt dan teh herbaMakan Malam : Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba

9 comments:

~Eila @ Along~ said...

owh..diet pun ikut jenis darah ke fara..tak tau plak den..hihi..eila sejak amalkan jus mate diet 5 tu..dah trn 7 kg..la ni ngah fokus nak peknen plak..wish me luck!

fara said...

uish,banyaknya turun 7kg eila.satu perubahan yang bagus kan?jeles ni.tapi apakan daya belum ade budget utk mate 5 lagilah..

fara doakan eila cpt2 pregnant ok..leh kita berbesan nanti kalau bb eila gegirl..hehehhe

:: AYU AYUMiE :: said...

chamtek layout pic ni... harus mak belajar dari u nyah

*rindu nk chat ngan u...mak bizi la semenjak beberapa menjak nie...huhuhuhu!

fara said...

ade habuan ke kalau mak ajr u nyah?kekekek.u mmg hari-hari gomar membizikan diri kan nyah...huhu

aS_c0mei said...

yang oi...mana dpt psl diet tu??i jenis darah A ni camnooo.ekau lotak jenis darah B je.tak aci hokey!!hehe..

bg link kat akak yo.akak nk diet.konon je lah...wakak...

viruspadu said...

memang cantik la design tu, ai like!

mazzura said...

darah o?nak jugakk fara..

fara said...

eh,org ade baby dlm peyut xleh diet la..cian baby lapar nanti tau..ahakss

masviona said...

bagus gak info pasal nih..leh la ikut jugak..tq