Monday, September 22, 2008
Sampul Rayer
Posted by fara at 11:19 PM 4 comments
Persiapan Raya 2008
Pakat nak citer pasal persiapan raya ni bila tgk ramai yang dok ghairah citer pasal persiapan raya masing-masing kan?Nak-nak tinggal 8 hari je lagi kita nak menyambut kedatangan aidilfitri kan.La ni,nak cite pasal persiapan kami anak beranak pulak..hihih
Kuih raya- sumer dah booked;antaranya kuih almond london,kacang-kacang,tart nenas(tapi yg ni mmg kuih WAJIB tiap-tiap tahu so kalau setakat beli 100biji macam buat tahi gigi jer.so,dah pakat-pakat ngn kakak & abg hujung minggu ni buat kuih tart sendiri.)Lps tu leh makan sampai lobam.hahahah.Oder kuih kulit popia sambal 1kg,biskut coklat chip & kek coklat.Sepupu kiter niager kuih2 bagai ni sejak dr dulu,jadi kita support la sesikit dengan beli dr dia jer.Dari Johor akan diterbangkan ke negeri sembilan hari mantai ni..hihihi.Nk top up kuih kering2 lagi nanti malam raya baru beli utk bagi mil ngn mak.
Persiapan baju raya lak,anak-anak baru dpt sepasang sorang tu pun ibu dia sponser,ni nak kene top up lagi 4pasang sorang,Farish kene buat baju melayu & fareeq modern style xyah baju2 melayu nanti kuyup dia sedot baju melayu tu..hihihi.Nak cari kasut & stokin anak-anak ni.Hari tu dah beli sandle adidas utk farish konon nk buat stok raya tapi mama getiks nak pakaikan jugak..tengoklah ade budget leh la beli kasut utk dia..Papa selalu kata gini,fareeq kecik xyah li mahal2 der...anakku je cukup..hampes je kan?papa x adil la kan fareeq?
Baju raya mama ngn papa satu pun xbeli lagi,Mama dptla 2psg kurung baru.tapi xtahula mak sempat jahit ke tidak..Pakat nk beli lg sepasang lah yang siap jahit senang kan?Papa kata dia xder baju raya pun xper...heheheh.buat ayat simpati lah tu,tup-tup masuk ke jusco diala yang meluru g kat tempat mens tu...padahal dr rumah alim2 kucing jer.hahahha...
xsabar nk tunngu hujung minggu papa cuti kita g shopping....heheheh
Posted by fara at 1:50 PM 2 comments
Labels: mama cyg farish n fareeq
Salam Aidilfitri
Posted by fara at 9:53 AM 4 comments
Labels: mama cyg farish n fareeq
Thursday, September 18, 2008
Happy 5 Months Fareeq

Posted by fara at 2:41 PM 6 comments
Labels: mama cyg farish n fareeq
Tuesday, September 16, 2008
KENE TAGGED!!
Hari ni kene tagged ngn ayu ayumie aka mama dania. Ni kali kedua fara kene tagged,dlu ade sekali dengan mazzura tapi xbuat pun sbb xfaham al -maklumla baru berjinak-jinak masa tu.Skrg faham la sesikit..heheh
The rules:Link to your tagger and post these rules on your blogShare 7 facts about yourself on your blog, some random, some weirdTag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogsLet them know they are tagged by leaving a comment on their blog.
7 tentang aku,kat sini campur-campur la ade yang baik & ade yang buruk.i tanakla u sangka i ni buruk je so sesekali biarla org tahu yang i ni baik orgnyer.huhuhu
(1)PENYANYANG / ROMANTIS / SENSITIF
i ni seorang yang penyanyang & romantis,sebab tu i ni agak sensitif sikit walaupun org nampak i huha huha jer.Tambah -tambah lak bila dh jadik mak ni kan,makinla penyanyang i terserlah,bak kata bakal suami i dlu aka papa Farish & Fareeq i punyai ciri-ciri keibuan..cehhh,kembang jugak masa tu.Tunggula bila anak-anak bujang i sok dh beso,hlgla penyanyang kot,yg hari2 dengar suara i yang sentiasa baterinya kene cas aje.hahaha.Tang romantis pulak yang tahu hanya suami i la.Walaupun dia kurang romantis dr i tp i ttp pasrah..selalu dlu kakak i selalu kata i ni jer yang over romantis dr boyfren/tunang i.
(2)PEMARAH/ PANAS BARAN
i memang selalu hot temper.Nak -nak time tengah penat-penat balik kerja balik jer umah tgk bnyak sangat bende xkena sure laki i yang jd mangsa.Dia pun paham ngn peel i diam je tanpa 1000 kata-kata.(sungguh zalimkah i?)tapi bukan la selalu nk hot temper ngn dia jer,kang cabot lari lak dpt bini pemarah kan?Kalau i masuk dapur nak masak (biasa ni dapur umah mak i),nak mencari perkakas-perkakas dapur jer sikit punya lama sbb simpan tempat xsetempat kan msti buat i naik angin & terus hilang mood untuk memasak.Last-last sape yang kene masak kalau bukan mak i.hehehe
(3)KUAT MERAJUK
i mmg kuat merajuk n mudah sgt terasa hati terhadap kata-kata atau layanan daripada orang yang tersayang,Kiranya i ni nak org yang i syg layan i tip topla..hahah.sume nak perfect kan,biasanya i suke merajuk dengan mak,adik badik & selalu ngn suami la..Dah lah kuat merajuk dah tu susah giler nak pujuk.Mcm mana cara sekalipun ssh betol hati i nk sejuk dengan pujukan derang.Tapi last-last cair gak ngn ayat manis/hadiah dr mereka.Pernah merajuk ngn mak sampai xnak balik,sanggup tu tido umah mil masa tu tgh tunggu hari je nak bersalinkan Farish..Ngajuk ngan suami lak berhari-hari lamanya sbb cara pujukan tu xkene pd caranya..Nasibla dapat suami yang tahan & amat memahami isterinya.
(4)SUKE BERLUMBA-LUMBA
ha,yang ni suke berlumba-lumba bukan main lumba lari tapi berlumba-lumba untuk mengecapi kejayaan yer tapi bukan dengan cara kekerasan/keganasan tapi mengikot cara yang berlunaskan undang-undang negara.Yelah,kalau kita xberlumba-lumba dengan org disekeliling kita bagaimana kita nk kecapi kejayaan kan?mana ade rezki dtang bergolek tanpa usaha.Kiranya bersaing secara sihatlah.
(5)SUKE BERGOSIP
hok ni biasalah kaum lelaki cakap org perempuan mmg kuat bergosip kan tapi xderla sampai nk mengumpat & mengeji-ngeji org kan,cukupla bergosip untuk tahu isu-isu semasa & menggembirakan hati kiter sendiri.Dekat tempat i kerja ni kebetulan ade kaun k**ing yang suke mengumpat & mengeji org tapi bulan-bulan puasa mcm ni i xjoin la sbb malas nk kurangkan pahala puasa & nanti kalau tekak kering satu hal jugak.Lebih baik bergosip melalui internet.heheh.
(6)TAK SUKE DENGAN LAWAK BODOH.
ade macam-macam lawak bodoh sebenarnya tapi kadang-kadang lawak bodoh seseorang tu buat i jadi benci nk bercakap dengan dia sbb kelawakan bodohnya yang kadang-kadang menunjukkan diri mereka bodoh.Amatla xsuke,kat company i keje ni adelah juga satu umat tu suke memperbodohkan diri sendiri dengan lawak bodoh nya.sampai skrg i xberminat nk berbual/menegur/memandang sekalipun.sgt benci ok!
(7)MUDAH TERPENGARUH
i mmg mudah terperngaruh dengan org luar sama ada bende tu baik atau sebaliknya.Nilah sifat yang paling buruk i rasa ade dlam diri i.kenapa i selalu mudah terpengaruh dengan orang yang kadang-kadang boleh menyesatkan i?i sendiri kurang faham dengan diri sendiri.Bila dah lama-lama baru terasa diriku begitu bodoh sbb mudah sgt terpegaruh dengan orang.haih,tengah berusaha untuk memajukan diri sendiri tanpa dipengaruhi oleh pihak lain.
ORANG YANG NAK DI TAG
1.mazzura
2.atie farid
3.eila
4.siti fairuz
Posted by fara at 5:04 PM 2 comments
Labels: mama cyg farish n fareeq
Monday, September 15, 2008
Hari bersama Mak...
Jumaat Mak ngan adik datang tido rumah,buka sama-sama.besh suke sangat sbb mak dtg bawak mcm-mcm juadah..So,fara just masak nasik n masak ikan sembilang masak sambal.Dah lama xmakan ramai-ramai,selalunya kami berbuka berdua je ditemani dengan ragam anak-anak mintak didukung bila masuk waktu berbuka.Itulah rutin harian kami berempat.Sambil makan,sambil dukung anak-anak seorang satu.Farish anak manja papa,Fareeq anak anak manja mama la kan?Mak pun nampak happy sangat-sangat,mana taknya ditemani anak cucu kan,selalu sgt sms ngn mak bila sblm dan selepas berbuka,selalu mak kata xlalu makan,makan pun sikit jer tapi smlam fara nampak mak makan laju dan banyak ok!suke tgk mak berselera mcm tu.Juadah berbuka xsempat nak snap sbb terkejar2 ngn anak-anak.Belum lagi sempat nk snap juadah berbuka kami walaupun hari ni diam xdiam dah 15hari kita menunaikan ibadah puasa.Lagi 15 hari nk sambut raya pulak.Sebelum nak hantar mak balik g soping barang-barang dapur kat family store,masa tu berkumandang lagu-lagu raya.Alahai rasa syahdu sungguh,xsabar nak sambut raya.Harap-harap tahun ni fara dpt berpuasa penuh.Insyaallah lah kalau Cik P xdtg.huhuhu.
Posted by fara at 9:25 AM 7 comments
Labels: mama cyg farish n fareeq
Hujung Minggu
Sayang budak notty Fareeq..Muuuahhh
Masa tu jugak teringat mak kat kg,dlu masa kami adik beradik belum kahwin seronok betul duduk buka puasa ramai-ramai,tapi bila semua dah kahwin n msg2 duduk berjauhan dengan mak,tinggal la mak ngn adik lelaki yang kecik tu.Ingat nk buka kat kg la esok ngn mak.Rindu la.xsabar nk tunggu semua balik raya ni dan berkumpul ramai-ramai mcm deduloo.
Posted by fara at 9:03 AM 2 comments
Labels: mama cyg farish n fareeq
Sunday, September 14, 2008
Tanaman sayuran....
pokok mangga yang baru je ditanam
belakang rumah kami yang sekankang kera membuahkan hasil tanaman yang baik..
stok makan-makan sendiri adelah.jimat xpayah beli-beli sayur kan?
Sejak Fareeq lahir,asben ade bermacam-macam hobi,antaranya memancing & tanam sayur.eheheh.Katanya sbb musim bola,team Favouritenya Liverpool belum masuk padang lagik.Patutlah xngadap tv 24 jam ingatkan dah insaf xnak minat bola lagik.Tapi baru- baru,gila bolanya datang balik.Kdg-kdg kan peliklah tgk orang lelaki ni,kalau pasal bola,makan minum tolak tepi,tidur jugak tolak tepi sampaikan kdg2 xdpt tidur pun xper asalkan dpt tgk perlawanan live.Pernah satu ketika dlu masa mula2 mengenali asben,fara tekad nak cuba meminati bola mcm dia so dia akan rasa lebih dihargai la (kononnya lah) bila org yang dia sayang sudi kongsi minat bersama-sama tapi pueh den pakso totap xjalan jugak.Yolah,bondo yang kito xsuko mcm mano nk suko kan?heheheh.Pernah juga beberapa kali melarang n menentang minat dia menyebabkan masam muka la,itulah ini.So,malas dah nak larang-larang selagi dia xbuat bende bende yang karot marot ni.
Berbalik pada citer pasal sayur sayur tadi,dlu blkg rumah ni xberbela,sbb asik rumput naik jer,entah dr mana la dtgnya idea asben nk bercucuk tanam.Skrg kawasan belakang rumah kami yang sekankang kera tu dh penuh ditumbuhi dengan sayur sayuran.Antaranya adelah, kailan,sawi,tomato,sawi,lada yang beso-beso tu,ish ape tah lagi fara lupe nak study nama-nama pokok tuh..Kalau nak harapkan fara la yang bercucuk tanam anak-anak xterbela la kan,asben jaga sayur-sayur ni mcm anak-anak dia dah.Sampaikan kdg2 fara jadik cemburu bila lebih lebihkan sayur-sayur dia dr anak-anak.Biasala mama ni kdg2 emo je lebih.huhuhu.Dah banyak kali jugakla kami rasa n masak sayur-sayur ni.Alhamdulilah murah rezki kami.So,xpayahla nk beli-beli sayur lagi kan?
*org kata kalau tangan panas ni ape yang ditanam sure xkan menjadi,nampaknya tangan suamiku itu sejukla..lps ni lehla suruh abg tanam memacam lagik..
Posted by fara at 5:04 PM 2 comments
Labels: mama cyg farish n fareeq
Wednesday, September 3, 2008
Anak-anak Mama
Lama dah xupdate.
Farish lak smlm check up utk 1 thn 6 bulan,alhamdulilah anak mama sihat dh 11.0kg dah.Punyala sonot dia satu hari duk umah ngn mama,berlari sana-sini.Mama sound gak,nanti ptg siapla kene cucuk.huhu.Rse kesian la kat dia,tapi nk wat cmner kan,sbbnya dlu mse msk ward sbb air panas tu bekas cucuk kat celah kelangkang farish masih ade..bayangkan adelah dekat 10kesan :( la ni nk cucuk lagik.Petang xckp tido menangis sakan dia,guram je mama tgk la.kol 4pm baru g klinik menunaikan kewajipan pada anak2.Stat Farish ragam sekepok mase nk buka puasa,dah terbaring xgerak bdn dia,sorang satu jg anak masa berbuka smlm,kesian kdg2 ngn kiterang.haha.Papa night shift,mama jg de2 srg2 jer,bayangkan Fareeq nk tdo berenjut jer,Farish nk tdo berkepit sbb demam kan dtglah mgada-ngada dia.last2 terpaksa biarkan nangis srg2 sbb fareeq nk susu.Farish pulak,dekat 8 botol susu farish nk semalam,sejak tak hisap punting ni mcm tulah dia.Satu malam mama berjaga,mujurlah sblm msk kje tadi dpt lelap 1 jam lebih so segarlah sikit mata-mata ni.ahaks..
dua badik yang lain muka sangat-sangat.Farish tu muka kontrol jer bila tahu org nk snap gambar dia.mat pasan toll!!
Posted by fara at 10:13 PM 9 comments