saya sangat stress skrg ni.mood nk kerja pun tak der.hari tu anak-anak saya sakit demam bagai,xhabis lagi kisah jaga anak-anak yang sakit datang pulak satu masalah dlm kerja.secara tiba2 saya diarahkan tukar department.Pulak tu kene berpindah ke department yang saya xminat dan suka.Bertekak-tekak dengan bos bangsat tu ha...sakit betul hati ni...Rasa dunia ni mcm gelap bila tahu kita tidak dihargai lagi bekerja.Keputusan melulu yang saya buat adalah,saya nak jg full time house wife tapi bila fkir-fikir balik rasanya mcm xbest la kan kalau xder pegang duit sendiri.kalau nk harap duit suami je sian pulak kan :(
saya dalm keadaan tertekan,nak ber blogging pun xder mood.ni pun saya gagahkan jugak menaip luahan hai saya...ya allah begitu hebat ujian yang perlu kami tanggung ini..disaat-saat saya sedang sedih,masalh dtg lagik..bantula saya ya allah,permudahkan jalan kehidupan saya di muka bumiMu ini..
saya skrg tengah bergiat berusaha sehabis yang mungkin untuk mencari kerja lain.rasanya kali ni adalah kali ke3 saya diperlakukan sebegini.mungkin ini yang terakhir saya didera sebegini..saya xsanggup berhadapan dan bersabar dengan situasi begini...apa yang berlaku pada saya ni,saya percaya tentu ada hikmahnya...
xpernah terlintas dlm fikiran ade org@binatang yang akan cuba menabur pasir dlm periuk nasi saya.apa yang saya harap lps ni dpat gaji sikit pun xper janji saya enjoy bekerja...
Wednesday, April 29, 2009
~StREss~
Posted by fara at 12:35 AM 7 comments
Labels: sedih :(
Tuesday, March 31, 2009
Luahan Hati :(
Ni kali kedua entry luahan rasa hati sya tentang kerja,tentang org disekeliling saya & ditempat yang sama saya bkerja cuma bezanya skrg yang mengganggu dan nak sabotajkan saya adalah dr 2 manusia yang berbeza.Dulu,alhamdulilah saya berjaya juga mengatasi masalah yang timbul dr bantuan kawan2 rapat dan keluarga.Walaupun perit tapi saya bersabar dan terus bersabar.Kenapa yer ade manusia sebegini?Apa salah dan dosa yang telah saya lakukan pd dia?Mmg manusia sialan lah.Mmg situasi kat sini,nama jer bos-bos semua melayu tapi "melayu nak bunuh melayu".Saya betul betul tertekan dengan keadaan skrg ni.rasanya dah hampir seminggu bos tanak ckap dengan saya,puncanya saya cuti secara mengejut selama 2 hari dan saya xdpt inform pd dia sendiri ,saya cma dpt inform pd HR.Dia anggap saya xrespect dia dan bagi saya hukuman mcm ni, xprofesional langsung.sebagai bos la,kalau xpuas hati dengan anak buah sepatutnya dibawa berbincang kalau tanak bincang pun sound je saya xkisah ini tak, buat sikap diam diri,buat muka,buat sprti saya xwujud malah nk tendang saya dr kedudukan sy sekarang.Ape kes eh org mcm ni?Masa saya menaip ni pun air mata dah bergenang dikelopak mata ni.puas saya tahan..makkkkk,tolong mimi....:(
Saya terlalu,terlalu dan terlalu tertekan kerja kat sini.puas saya sabarkan diri utk bertahan tapi halangan demi halangan yang harus saya tempuhi..apa salah dan dosa saya?kenapa ade manusia mcm ni dlm dunia ni yer?menyesal rasanya saya tolak tawaran kerja dahulu sebabnya saya rasa mungkin rezeki saya ade kat sini.xsangka la ade org cuba nak tabur pasir dlm periuk nasi saya.nak nak keluar dari sini,tapi kemana?dah lah skrg susah nak cr kerja,dengan keadaan ekonomi tengah gawat mcm ni,mcm2 risiko yang harus saya tanggung nanti.....ni kali ke2 yang terpaksa mengalaminya...xmustahil jika saya terus disini saya akan diperlakukan mcm ni lagi..
Posted by fara at 7:30 PM 8 comments
Labels: sedih :(
Wednesday, November 5, 2008
Turn fareeq lak..
Lepas Farish sakit demam+batuk+selsema, turn fareeq pulak yang kene.Sebulan 2x seorang kene,parah mama jaga bila papa sekali tumbang je atas katil.Papa sakit dada,batuk-batuk jugak.Fareeq merengek2 xnak duduk bawah nk berdukung aje,farish pulak merengek2 nak makan la,nak susu lah.Haish,mcm-mcm dugaaan tau..sangat sedih la ini bulan.Rasa mcm dah tertanggung lagi dah.Gaji mama pulak bulan ni punyalah amat lambat xkuar2 lagik,selalu dah kua la ni dah msuk 5hb masih xder lagi...Bikin hati panas je seowon ni..kang aku bakar jugak seowon ni...huhuhu...Posted by fara at 9:01 AM 2 comments
Labels: sedih :(
Tuesday, November 4, 2008
i'm soo tired ...
Posted by fara at 8:25 AM 0 comments
Labels: sedih :(
Saturday, November 1, 2008
Pengganggu atau Perosak Rumahtangga??
Hati rasa sedih sangat kenapa semua ni jadi kat aku?Semalaman aku sentiasa berpikir tentang masalah ini.Kami yang menderita menaggung semua situasi ini dan bukan la dia!Salah ker aku nk hidup bahagia,aman dan damai bersama keluargaku?Ape salah aku hingga ade sahaja yang menggangu rumahtangga aku?Asal sahaja nama-nama itu disebut pasti membuatkan rumahtangga kami bergolak kencang?Syukur masih kuat iman didada kami untuk mengatasi & menangani semuanya tapi agaknya sampai bila iman & kesabaran itu akan bertahan pada kami?andainya sesuatu yang terjadi pada rumantangga aku,ini adalah punca dari mereka-mereka yang ingin memustuskan masjid yang sudah hampir 3 tahun kami semai bersama dua cahayamata!Ya allah,tabahkan hati kami suami isteri,kuatkan iman & kesabaran pada kami,kami mahu terus bahgia disamping anak-anak.Rasanya ingin saja aku lari jauh bersama keluargaku,meyepikan diri dari semunya,biar tiada siapa yang tahu dimana kami berada & apa khabarnya kami dan waktu itu rasanya kamilah pasangan yang paling bahagia..Kenapa?Kenapa?Kenapa?Tak tahukah mereka apa hukumnya meruntuhkan rumantangga org?Tak sedarkah mereka apa yang telah mereka lakukan akan menyebabkan hubungan kami makin renggang, tidak kasihankah mereka dengan anak-anak kami yang semakin membesar yang perlukan kasih sayang dari mama & papa mereka!Aku tidak mahu anak-anak kami yang akan menjadi mangsa keadaan akibat dr mulut,dan perbuatan mereka.Andainya ada apa-apa yang terjadi pada hubungan kami, MEREKA adalah penyebab utamanya..
Untuk mereka,supaya allah bukakan & lembutkan hati mereka untuk tidak menjadi penggangu & perosak rumahtangga aku..Baru je setahun jagung berumagtangga tapi banyak sangat dugaan yang datang menimpa akibat orang ketiga!!
Posted by fara at 8:54 AM 4 comments
Labels: sedih :(





