CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, March 9, 2009

~Makin membesar~


Ni gambar Farish & Fareeq sebagai pembuka bicara saya :).Apa yang boleh saya katakan dan gambarkan sekarang ni yang anak-anak saya sudah besar,besar ke kalau saya kata Farish akan menginjak usia 2tahun lagi 3 hari dan Fareeq pulak akan menginjak usia setahun xsampai sebulan lagi.Yer,anak-anak saya ni gap nyer setahun je antara satu sama lain.Masa Farish berusia setahun sebulan Fareeq dah lahir menjengok dunia..hehehe.Process pembesaran mereka mmg nampak mudah sebab membesar bersama,sekaligus dua-dua sekali besar,tapi bab nak menjaganya masyaallah allah shj yang tahu.kekeke.al-maklumla dedua hero kan?
Apapun kami sedang menghitung hari untuk menunggu usia Farish 2 tahun pada 13.03.2009 ni.Kami akan habiskan masa kami bersama dengan berjalan-jalan,kebetulan Farish ade check-up kat HTJ jumaat ni so kami ambik kesempatan ni nk celebrate kecik-kecik antara kami sefamily shj.Tatkala nk menunggu hari ulangtahun anak-anak adalah part yang amat menyedihkan saya,bila teringat balik saat-saat indah melahirkan dan menjaga mereka.Semalam sampai saya rasa emosional sgt hingga sanggup request dr asben nk third baby dalam masa terdekat ni..huhuhu.Yela bila tgk anak2 dari baby dah jd todder mmg sedihla.rindunyer nak bau baby :P.Namun apakan daya niat murni xdiluluskan lagi..hahahah.nampaknya kene lah tunggu 3 hingga 5 tahun lagi,insyaallah kalau ade rezki..
Dulu kami bercita-cita mahukan 4 org anak,tapi since saya dah 2x kene operate ni saya rasa kene kurangkan niat tu dr 4 ke 3..bukan ape,ngilu lak rasa perut ni nak kene turis 3~4 kali.apapun kami xkisah andai allah nak bagi berapa.sbbnya kehadiran anaklah semakin mengikat kasih sayang antara suami isteri.Alhamdulilah,semoga kebahagiaan,kasih dan sayang kami akan terus kekal walaupun bagai melanda...aminnnnnnnn
sekian,wassalam

2 comments:

: Maz : said...

fara, akma xpakai pempers dah umo 1 taun lebih..jom a join farish... alu la..

Anonymous said...

ZURA>>dlu masa hantar b sitter mmg dia dah ok pandai ckp tapi mil minx jg balik,mi dah mls nk train dia lah zura.dah gtau tapi mil tanas so mls nk force la kan